Saturday, April 30, 2011

HORMON

cuti sem memang heaven. menghabiskan masa cuti sem kat umah lagi heaven. menghabiskan masa dengan keluar dengan kawankawan dan family tanpa perlu menghabiskan duet lagi lagilah heaven. tiap kali nak keluar, tadah tangan mintak duet.owh, heaven!

seperti biasa, tiap kali cuti lama lama kat umah, mula lah hormon aku nak bertukar. ada je bnda yang aku nak buat, di samping menghabiskan harta benda kat umah ni. mulamula sampai umah, mulut aku da gatal nak makan spagethi. biasalah, makanan asasi orang kampung aku kan. aku mula cipta resipi. bajet macam chef wan. tanya kawankawan.message sana sini. then mula main campak campak dalam kuali. so, jadi lah spagethi!






dah dapat spagethi, mula lah mengadangada nak makan trifle bagai. sekali lagi aku sepahkan dapur buat benda ni.it is simple like a pimple! dalam masa 10minit aku da siap buat.hebat bukan.tapi macam tak jadi trifle.jadi double layer je. sebab?aku guna kek spongebob squarepants.so, da nama pon sponge, kek tu dengan jahatnye meresap jelly.so, yang tinggal, third layer, which is puding cocktail. tapi takpelah. first try. Mekdah cakap sedap!wa bangga. :D
ni lah kek spongebob squarepants yang jahat, yang menyerap sume jelly.



trifle yang macam tak menarik

Thursday, April 7, 2011

gap 7 hari!

masih lagi dengan cerita gap 7 hari. tengok, 7hari waktu exam sama dengan sebulan waktu biasa.err, paham ke x maksud aku? mari aku explain lagi. owh, lame gilak nak mati rase gap 7 hari. sampai tak taw nak buat ape. tahap kebosanan cik cemas sudah sampai ke tahap paling dewa. aku tengok, lebih dari kucing nak beranak.satu petang cik cemas jeritjerit.dia cakap bosan sampai tahap nak muntah.

tibatiba..bruppp..wekkk.. OMG! cik cemas muntah keluar katak! tengoktengok! betapa dasatnye tahap bosan cik cemas.

keluar malammalam memang cool. jadi untuk pertama kalinya, kami, budak bilik E2.1 keluar berempat. betol, ini tidak tipu. sepanjang setahun a.k.a 3 sem duduk satu bilik, ini lah kali pertama kami keluar besame. sebagai tanda kami eksaited tahap getis, kami pon snap gambar banyakbanyak b4 keluar. snap gambar dalam bilik ok?bukan dekat luar. tengok, snap gambar samesame pon tak penah b4 ni.rapat kan kami?





E2.1




bole jd kembar 3 x?

cik cemas dan cik kembars


cubaan untuk mnjadi pereka pesen





kembar ni sorang name nabila syafika, lagi sorang name nabila syaqira. dulu aku ase tetukar je, tak kenal yang mane satu.tapi sekarang dari belakang pon aku kenal.tengok, hebat bukan?
dulu, kalau nak panggil name dorang, aku mesti kene bedepan dengan dorang. nak tengok taik lalat.sorang ade taik lalat manis kat pipi, sorang lagi hanya ada manis di pipi.baru senang nak panggil. bajet nak tunjuk hebat depan dorang yang aku memang kenal dorang yang mane satu. tapi tu dulu la. sekarang tengok dari mana pon, aku da cam n kenal. err, betol ke?kondifen je.

next sem ktorang dah tak same bilik. so, xde lagi nak dengar dorang gadohgadoh n manjemanje gedik dorang. yang pasti, aku hanya akan dengar suara cik cemas. pfft..aku dah bosan. dah la suka cakap kuatkuat.habis semua orang tengok kalau cik cemas becakap. dulu, doktor cakap tahap pendengaran aku memang kelas A. tapi sekarang da merosot. aku asek tak dengar je. eh, bukan, itu pekak namanya. aku selalu kurang denngar je. aku syak semua ni sebab aku berkawan dengan cik cemas.

terasa macam gergasi disamping cik cemas.aiyak!

azam next sem: cari rumet baru yang boleh pulihkan masalah pendengaran aku.

Tuesday, April 5, 2011

final exam


jam menunjukkan tepat pukul 01:01 am. ini menanadakan waktu yang paling masyuk untuk menconteng papanitam.kenapa dikatakan masa yang paling sesuai?

jawapannya:sukahati akulah nk cakap pukul berapa pon

minggu ini adalah minggu penuh tekanan dan emosi bagi warga uia.

semua orang sibuk menstadikan untuk exam.tak kurang jugak dengan bloggers sekalian. entri exam adalah entri-wajib-siap-dengan-jadual exam.kan kan?

tapi aku tak merasa bahang itu.orang cakap kalau terasa panas, die tu banyak dosa.tengoktengok, nampak tak ape yang cube aku sampaikan ni. tak nampak?memang kurang cerdas betollah. nampak tak betapa beriman nya aku?




kenapa aku tak terasa bahang? sebab jadual exam aku sangatlah coool sem ni.gap pulak melampaulampau. sampai aku tak taw nak buat ape. orang laen sibuk pegi library, aku pon join jugak.orang setadi, aku dengan kawankawan yang sengal macam si bedah ni maen snapsnap pics, nak letak dalam fb, letak nama album setadi wik.



sebelom kene jeling dengan students laen sebab buat bising :P


orang laen tido lambat malammalam sebab setadi, aku pon ape kurangnye.selagi tak cecah angka 4, mata taknak pejam.tapi orang laen pulu-gilagila-setadi. aku pulun-gilagila-online.

disini, aku sertakan jadual exam aku. maklumla, ni kan entri -wajib-ada-jadualexam.

28/3/2011- tilawah al-quran
31/3/2011- CALL
02/4/2011- UNGS
09/4/2011- IIMP
13/4/2011- IMP
- IIS
14/4/2011- CI

cool tak jadual exam?gap punye lah panjang, sampai 7 hari. lepas tu, sekali 2 papers in a day. dah la duadua yang agak susah dan memerlukan kemahiran berfikir secara kretif,kritis sampai tahap menggeletis. then, the next day pon boleh tahan subject tu.bapak-banyakgile-bnde-kena-baca. adoi, terbaek betol.

dah tak taw nak buat ape sangat masa gap yang panjang gila, maka dengan itu, aku dan sahabat susah senang pegi makan pizza.owh, bajet kaya dan banyak duet pulak, siap boleh g makan banyakbanyak dan shopping sikit.err, betol, sikit je. sekeping je not melayang.



cheesy pops big shot memang terbaek!


spagethi bolognese meatball. rase meatball die lebih kuarang rase meatball ikea :)

bukan air mountaindew yang special kt sini, tapi asam boi fizz die memang shedapp



kalau rajin je, mesti aku pegi library. orang cakap habiskan masa kat tempat berilmu ni berkat. tak setadi takpe, janji pahala library tu dapat. err, ajaran mana lak ni?

sebelom ni, kalau takde discussion or kelas, jangan harap aku nak pegi library. bukan tak suke, tapi belom tiba masa yang sesuai untuk lepak di library. sebab, mengikut persamaan linear aku:

library = exam
exam = library

orang bawak beg beratberat, aku pon bawak beg berat.orang bawak buku, aku bawak laptop. siap sekali headfon and extension.


nampak tak beg aku berat tahap nak tercabut bahu?


online dekat library best, internet pon laju. tengok youtube tak payah tuggu buffer.
satu petang, lepas habis first paper, ktorang keluar.kononkonon nak release tension. (baru satu paper da tension.what the fish..pffft!! )


budak redong nama tam


nak taw buat ape?


sangat heaven makang duriang. beli 6 bijik, percuma 7 bijjik!!!what the ____??free lagi banyak dari beli. memang pandai dorang ngorat abang tu.




lepas tu, kononkonon tak habes lagi tensi, keluar idea bernas nak menghiburkan hati. teros rase macam artis bile sejam bertungkuslumus nyanyi kalah siti nurhaliza


budak redong n budak kecik nama ada





suara dia ni lah paling sedaap sekali :



kepada : SITI ZAHIDAH ZABIDI
UMMIAMEERA MOKHTAR
ASNISHAH JAAFAR
SHUHADA IBRAHIM
WHA7911

JUTAAN TERIMA KASIH KERANA MENGHABISKAN MASA BERSAMASAMA :)