Tuesday, June 29, 2010

gather

hari itu hari ahad. aku kire hari minggu. hari minggu bukan hari untuk rumah. hari untuk rayau dan rewang. aku bangun awal. aku mula fikir nak pergi mane. aku dapat idea. keluar jumpa kawankawan cool jugak. ok, aku amek henpon. aku call cik panjang. tak dapat. aku call lagi. tak dapat. aku bengang. mulut ku mula keluar pujian berbentuk carutan. ok, aku tipu. aku kan sopan. tak sampai hati nak maki kawan.betol, aku tak tipu. aku cuba lagi. dapat!

"weh, laen kali buang je henpon tu. letih aku call"
"semalam aku dah buang. baru tadi je aku kutip balik. sebab tu kau call tak dapat"

dem! aku rasa macam nak lempang die. aku bodoh ke dia bangang? aku sudah keliru.

aku call si kering pulak. on!
aku call si kurus. jalan!
aku call budak tengah naik badan. bereh!
aku call comel. boleh aje!

kfc. kami jmpe kt situ. kami makanmakan dulu. aku makan pinggan makanan ringan. mesti kau tak paham bukan? orang kampung aku sebut snack plate!sudah paham?
ha, bagus!

kenyang sudah perut, tapi kami sakit perut. kami gelakgelak banyakbanyk dan kuatkuat. cerita kisah nakal masa sekolah. semua orang tengok. kami kuatkan volume lagi. dasar muka pecah betol.

lepas makan, kami buat latihan. dah lame tak maen samasama. lepas sukan sea yang lepas, masingmasing sibuk. pegang bola boling dah macam pegang buah kelapa. sedikit terserlah di situ. jangan kata kami jakun. kami cuma suka makan hakun. kau taw ke apa tu hakun? sila rujuk kepada mak kau.

kami maen dengang sungguhsungguh. macam ada match. aku bangga berkawan dengan budakbudak ni. palin sikit pin jatuh adalah 30. hebat bukan kawankawan aku?
ramai orang tengok kami maen. aku ingat nak bagi sokongan. tapi dyorang cakap peminat. dyorang mintak sign. kami bagi. dyorang cakap kami champion longkang. dem betol! busuk punye orang. kami maen sambil gelakgelak.

then, kami pergi test suara pulak. adakah masih hebat seperti dulu. ternyata kami tak banyak berubah. kami masuk satu bilik. kami bukak mulut besarbesar. kami nyanyi kuatkuat. ade jugak jejaka kacak jenguk dari luar sambil senyumsenyum. aku tak taw ape motif dyorang senyum.
aku dengar orang bilik sebelah nyanyi. sedap! macam spagethi aku kira. aku dengar pulak kami nyanyi. dem!macam shit je. aku tutup muka. jejaka kacak masih senyumsenyum kat luar. kami buat muka toya. kami teruskan hiburan masa kini tanpa hiraukan orang.

hasilnya, kami bahagia.

moral of the story: ada aku kesah?
buat apa yang kita suka. jangan fikir malu dan segan. tapi tetap amalkan sikap gadis melayu terakhir.






Monday, June 28, 2010

kuasa lempang

tadi aku buat kirakira. selepas ditambah, tolak bahagi darab, baru aku taw ramai jugak kawan aku. tu belom masok kuasa kuda lagi.eh, kuasa dua la.sayang pulak rasanya nak tekan backspace. jariku meneruskan perjuangan!

aku ada sorang kawan. aku panggil dia cik cemas. mesti kau nak tanye sebab kan? sebab die cemas la. ish, tak pandai betol kau ni.
die ni dem cemas!
kadangkadang aku rase nak lempang die lajulaju je. bersebab ye. aku bukan suke sangat lempang orang. aku kan penyayang. betol, tak tipu!

ok, sambung lagi. satu ari aku tengah tido. aku tengah mimpi jejaka kacak. belom sempat jejaka kacak lamar aku kawen, tibetibe aku dengar satu suara buruk panggil. aku bengang. aku rase panas je walaupon hujan turun menggila. cik cemas panggil aku. henpon die masok dalam lubang jamban. aku mula gelak. aku gelak kuatkuat macam hantu pontianak. cik cemas marah. aku tak peduli. cik cemas tengah cuba untuk ambik lagi henpon nya. aku gelak lagi.
die dah mula cemas gile. aku behenti gelak. aku pulak cuba. tetap tak berjaya. die marah. die tros flash toilet. gelak ku bertambah kuat.

malammalam die suka tido dengan aku. die penakut. aku jadi mangsa. tapi takpe, aku cuba jadi sebaek malaikat. aku kan penyayang. ni pengakuan kali kedua, bukan?
satu petang aku tengah rehatrehat.berangan jadi datin. aku tengah shopping. tibetibe cik cemas jeritjerit. kali ini aku nekad nak lempang. die cakap henpon baru die hilang. aku suruh die cari sebelom aku lempang. tak jumpa. ok, aku lempang die kuatkuat. henpon die bawah bantal. cemas tak?benci betol aku.

tapi walaupon die cemas, tapi die baek. dah banyak kali makan lempang aku, tapi tak penah melawan. bagusbgus!
aku sayang betol dengan die. tengok, aku kan penyayang. ok, dah tiga kali dan sudah terbukti bukan?

buat cik cemas, aku updet entri ni khas untuk mu. i ♥ u!


transition

ku rasakan sudah lama tidak bersua dan menconteng di atas papanitam ini. bukan malas atau tak ada idea, tapi kesuntukan masa dan tangan ku agak parkinsen sejak akhirakhir ini. asal nak start tules je, mule la tangan aku ni gigilgigil dan terketaQketaQ. aku pelik. pegi jumpe doktor hensem. doktor hensem cakap dah terlebih lemak. aku tidak paham. doktor hensem senyum. aku terpikat. doktor hensem suruh aku diet. cehh!! tak guna muka hensem, tapi hati tak hensem.

cuti semester lamalama, aku sudah merasakan bosan yang terlampau.aku tak ada idea nak buat apa. suatu petang aku main terjunterjun. aku pilih bangunan yang paling tinggi untuk terjun. tapi aku tak mati. ok, aku tipu. harap maklum.

suatu malam, aku online. aku tengoktengok resipi. aku rasa sudah tiba masa aku lakukan perubahan hormon. jangan salah paham, aku belom nak kawen lagi. kau masih ada peluang. aku cuba mencari mood untuk bertukar dari gadis ke wanita. esok petang, aku berjaya!aku pasang hasrat nak buat kek. ya, kali ini aku betolbetol nak buat. aku buat sorangsorang. aku lenguh. aku jerit panggil adik aku tolong. aku buat dengan penuh kasihsayang. akhirnya jadi. nak tengok?
baiklah, aku bagi tengok. aku kan tak kedekut..ok, yang ni tak tipu. aku memang baik hati. tak pecaya, tanya aku.ok, cakap banyak, kn?jangan benci aku. tengok je la. jangan keji, tapi tolong puji.


maaf, lighting kurang menarek. kejap ye.


nampak sedap bukan?


topping agak comot. aku kurang mahir

bukti kek aku sedap



lagi bukti



sedap kan?kalau nak tempah, bagitaw la. ngee~

Friday, June 25, 2010

entah

Ehemehem… tak taw nak tulis apa sebenarnya. Sebelum aku betulbetul jadi malas dan tak taw nak tulis, baik aku menconteng apa yang patut dulu.

-

Aku rasa, cuti semester 25 hari tak cukup untuk aku. Mungkin aku tamak. Mahukan lebih.

-

Kadang-kadang hujan yang sejuk menyebabkan tidur petang kita sempurna. Tapi kebelakangan ni, panas terik petang pun aku boleh tahan untuk sempurnakan tidur petang aku.

-

Membuat asignment tak semudah menulis entri seperti ini.

Thursday, June 24, 2010

negara bermusim

eh, korang perasan tak yang malaysia a.k.a negara kau dan aku ni sebenarnya negara bermusim?
kejap la, tak habis lagi la.gelojoh betol ko ni. aku belom habis taip lagi la. bukan musim yang ada empat tu, tapi macammacam musim la. aku bangga jadi anak malaysia. *tibetibe !*

musim ape yang kite ade ea?
kalo ujung taun, dalam bulan sebelas ke duabelas ke mula la hujan tak berhenti kat pantai timur. orang sane panggil pian bah. time ni jugak la ramai budakbudak yang mati. sebabnye?
sebab gi maen air banjir. yang gatalgatal keluar rumah kenapa?
duduk je dalam rumah diamdiam. jangan gi manemane. kalo boleh sekolah pon jangan pegi. haha. kepada ibubapa, sila ikat anak anda di dalam rumah. pesanan dari khidmat masyarakat.

then, sekarang ni korang taw tak musim apa?
ha, sekarang kan tengah musim buah. banyak gile buah sekarang. durian, rambutan, manggis, banyak lagi la. bersepahsepah. so, harga pon jatuh disebabkan lambakan di pasaran. nak jadi pakar ekonomi pulak ke aku ni?



cite pasal durian, sebenarnye ade cerita disebalik tAbir ni. orang kampung aku sebut story behind the scene. haha tak habis dengan orang kampung kan?abaikan je okeh!
kite sambung balik. kisah nye cenggini.
ade la sorang brader ni beli buah durian dengan sorang apek. 50 hengget die habes sematamata nak makan durian.
tapi yang sedih, geram, dan sakit hatinya, mostly dari buahbuah tu xbole pakai. maknanya xbole makan la, rosak. lembap betol!

so, tadi brader ni mintak la ganti balik. 50 hengget tu oi. banyak tu. kalo beli baju pon da lepas ni.
ok, takde dalam fakta cite pon. kite sambung balik. korang rase apek tua tu nak bagi ganti ke?
huh, xde maknanya. apek tu ajak gado. gile betol la. tak padan dengan tua. otai tu. then dyorang gadogado mulut kejap. then alihalih da berguling kat atas jalan.

dyorang maen tumbuktumbuk. bukan tumbuktumbuk nak masak tu, ni tumbuk muka la. gile la habis darah muka apek tu. padan muka!haha. nak tunjuk gangster sangat. so, pemenangnya adalah brader tadi tu la. walaupon tak dapat durian, tapi beliau dapat tumbuk muka apek tu. mesti puas ati, jantung, buah pinggang, pedal, eh, manusia ade pedal ke?ke ayam je? tah, aku pon xtaw.
free je dapat tengok wrestlin' arini. tak payah tengok kat tv dah. ye la, sekarang kan musim bola, asyik kena berebut remote je. korang kene berebut jugak ke?

eh, korang makan durian takpergh, sedap gile viva taw tak..makan tak?
ceh, poyo je kau tak makan. bajet omputeh la tu?
orang kampung aku yang mengamalkan dasar pandang ke barat pon makan macam gile, kau tak makan?
rugirugi!ko taw tak, orang puteh datang sini, benda first yang die cari ape?
durian la wei. ceh, bajet hot and amerika la kau tak makan durian kan?haha

Tuesday, June 22, 2010


hyehye!

kali ni aku rase macam nak meluahkan isi hati aku je. rase tak terbeban untuk aku menanggung lagi. haha..ngek! aku rindu sangat dengan dyorang neh..

sebenarnya aku nak berkongsi (kalo ko xnak taw pon aku nak cite jugak. aku kan baek :] sejarah hidup aku. ala, mase aku mudemude dulu punye cerita la.

dulu waktu aku muda remaja, aku ada skandal eh bukan skandal la. aku memang betolbetol kapel dengan beliau ni. time tu aku muda sangat lagi. aku ingat beliau ni nak maenmaen je dengan aku. rupenye beliau serius. ye la, aku taw, aku cantik eh silap lagi, tertinggal kurang. ok, sekali lagi ye. aku taw aku ni kurang cantik, beliau semat GILE. aku suke sangat mase berchenta dengan beliau. sape tak bangga kan dapat pakwe hensem. dan yang paling penting ma abah aku suke sangatsangatsangat ngan beliau ni. orang luar kata kan.
orang kampung aku sebut foreigner. hebat kan orang kampung aku? (bangga kejap)

ha, sambung balik.
beliau bukan foreigner kulit hitam, tapi kulit putih gitu. aku sudah terbayang nanti anakanak aku mesti comel dan puteh. yela, ikut daddy nye kn. kalo ikut aku hampeh. Ya Allah, gatal gile aku! sampai ke anak aku pikir.haha

tapi empat bulan lepas tu beliau terpaksa pergi. kami berjauhan. sesungguhnya long distance relationship ni sangat la susah. aku mula belajar untuk menerima kenyataan. beliau cakap dye pegi cari duet untuk aku dan anakanak. beliau ada misi yang lebih besar untuk harumkan nama negara. ceh, dengan aku tak ade pon nak harumharum. perfume pon tak nak pakai. tapi tak pe la, kesah lame kan. nak taw sape?


semat kan beliau?
adoi..tapi takpe, da jadi kenangan aku.
name beliau biarlah aku rahsiakan :)


ok, lepas tu kontroversi diriku tak habes lagi. aku berchenta lagi memang dasar tak serik kan?
kali ni aku biasebiase je. takde la excited sangat. tapi beliau yang beria gile. ok, aku cool je la kan.
beliau cakap keje dye artis. belako pengacara bagai. entah, aku kurang pasti. tapi satu yang aku pasti beliau ada ciri seorang lelaki dan maskulin. aku suka sebab beliau ni tinggi. bukan hidung tinggi ye tuantuan dan puanpuan. mase berchenta dengan beliau, aku lah manusia paling bahagia. nak taw jugak ke sape?ish, sebok je nak taw. ok la, aku expose la beliau ni sape..



korang rase macam kenal tak? macam muke fahrin ahmad kan :D
tapi aku berchenta tak lame jugak. sempat la dalam enam bulan. lepas tu ktorang clash. sebabnye bialah aku dan beliau je yang taw

.................................................................

*tepuk tangan*
" wah, hebat la nenek ni, mesti nenek chantik kan maa muda dulu. yela, sekarang pon nenek masih cantik lagi"
"tak ade la. biase aje"
"esok nenek cite lagi ye"
"ye la, pegi mandi dulu sekarang, da petang ni"

letih betol aku bercerita tentang masa muda aku dekat cucucucuku ni. aku harap dyorang dapat pengajaran dari cerita aku. kau dapat pape tak? ke dah start pasang anganangan nak kapel ngan beliaubeliau di atas jugak?

Sunday, June 20, 2010

today :)

tajuk entri bukan maen dalam omputeh kan?
tapi kalo orang kampung aku bace tak de la jadi pelik sebab memang MOTHERTOUNGE kami. abaikan kalo xsuka dan kalo rasa nak muntah hijau, silakan.

tepat pukul 11.27 pagi aku bukak mata. sebenarnya mata aku tak pasang niat pon lagi nak bukak seawal itu.
tapi disebabkan telingaku tak dapat menahan dan menapis bunyi bising yang keluar dari mulut lebar kakakku, maka secara tidak sengaja mataku lantas terbuka luas!(da memang dasar mata besar sebenarnya)
bising betol die suruh aku bangun. jeles la tuh! nak taw alasan die suruh ak bangun?sila baca.

"oi, bangun la..g jemur baju tu..nanti xsempat nak kering..petangpetang selalu hujan"
aku yang bengang ni pon jawab "g je la jemur, bising je!"marah neh..
dengan hati busuk die pon jawab balik "satu rumah aku da kemas, suruh jemur baju pon malas"
aku malas nak cakap banyak. ye la, kau kan kakak!

then, tengahari pulak ada tetamu tak di ingini datang. ceh, aku tak penah anggap tetamu pon. pegi la maen jauhjauh..shuhshuhh..
nak taw tak sape?



name beliau adalah encik kapak.adoi, kebetulan pulak abah takde kat umah. aku dah gelabah macam biawak ni. so, ma aku suruh g panggil jiran aku. dengan masih berbaju kelawar pada pukul 2.30 ptang, aku berlari *lari la sangat kan* ke rumah sebelah. nasib la husband beliau ada. beliau la yang tolong settlekan semuanya.
wahai encik kapak, kenapa kau masuk dalam umah aku?
kan aku suruh gi main jauhjauh. kan dah kena bunuh?haa..sape yang salah?
aku ke?ohh..tidak. kau tu yang degil sangat kan?
laen kali tolong dengar cakap orang ye..jangan ingat kau je betol..
opps, dah membebel aku ni. sori ye :)

ok, tadi ada tersebut pasal abah kan.
teringat pulak arini kan hari abah. so, aku nak wish la jugak even aku taw abah tak baca pon belog aku ni..hihi
so, abah angah nak kata kat abah


even angah wish masa lepas maghrib tadi, tapi sesungguhnya ia ikhlas. kau da wish ke?

Saturday, June 19, 2010

sindalila

dulu masa kecikkecik kita selalu dengar cerita sindalila dan puteranya kn?
aku pon tak tahu dan tak paham kenapa setiap kanakkanak akan tahu kisah dongeng ini.. bagus sangat ke moral of the story ceritacerita ini? siapa nak jawab? haa..itu yang kita tak tahu ye..
apa lagi cerita yang kanakkanak akan tahu ea? mari kita senaraikan:
  • sang kancil dan buaya
  • snow white and seven dwarf
  • apa lagi ea? tibetibe tak oleh fikir pulak..tah pape je @#$^
dan yang paling aku tak paham dan blur sampai sekarang kenapa kanakkanak sering dimomokkan dan disogokkan (tak boleh belah ayat kan) dengan kisah kekejaman ibu atau bapa tiri. perlu ke mitosmitos ini berleluasa di kepala budak kecik ni? tak patot kan?

sape la manusia yang paling kreatif yang berjaya bawak ceritacerita tak betol ni kan? tapi memang la tak dinafikan ada ibu/ bapa tiri yang jahat macam s***
tapi aku rasa sikit je golongan camni. tibetibe je aku ni, bajet macam ada ibu/ bapa tiri je kn?oi2, mintak jauh la tu.. tak baek untuk kesihatan dalaman weh!

ingat lagi tak pasal kisah dongeng sindalila?korang taw ke ape kesudahan cite die dengan putera raja tuh? aku taw story die.. korang nk taw tak?
meh aku share cite tu.. orang kampung aku selalu cakap, sharing is caring. aku pon xtaw betol ke tak. hurm..




p/s: sapesape yang penah pasang anganangan nak jadi sindalila aku nasehatkan baek lupekan aje. nak jadi macam beliau di atas?

Thursday, June 17, 2010

akon

kau kenal ke sape itu akon?
sila jangan tertukar akon dengan aircond ye.. akon adalah seorang manusia, tapi aircond adalah alat penyaman udara dalam bahaa saintifiknya. aku sudah terbiasa dengan memanggilnya aircond akibat daripada berjangkit dengan orang kampungku. hebat bukan?(sambil tersenyum bangga) orang kampungku memang mengamalkan dasar pandang ke barat. tapi aku akui mereka agak bodoh dalam bidang sains.

ini adalah terbukti apabila ada seorang pakcik dari kampung sebelah datang ke rumah ketua kampung. pakcik itu pon berkata " panas la, ce bukak kipas sikit "
dengan terpingapinga tok ketua pon bertanya kembali "apakah itu kipas? "
pakcik itu pon menunjuknunjuk ke siling. maka tok ketua pon berkata " owh, we called it as fan ". pakcik kampung sebelah terus SPEECHLESS AND IMPRESS
kau nampak tak apa yang aku nampak? betapa bodohnya dan hebatnya orang kampungku bukan?

ok lah, sebenarnya tak ada sekelumit pon di hatiku ini nak cerite dengan semua orang kehebatan orang kampungku. tapi pasal penyanyi R n B (aku tak taw genre muzik beliau yang sebenarnya. sebab itu harus di kecilkan) masa kini, iaitu akon. korang kenal tak? mesti la kenal kan?best jgk lagu paktam ni kan. layan je :)

tapi sebenarnya bukan ini juga yang aku nak conteng untuk entri kali ini, tapi tajuk lagu paktam ni. penah dengar lagu LONELY? ha, itulah perasaan aku sekarang. tapi, (banyak betol tapitapi kau ni ijat) aku rase tak ade la sunyi sangat. aku BOSAN sebenarnya. rumateku yang gila sudah selamat tiba di sungai buloh. tinggal lah aku yang kurang gila ini keseorangan. aku tak taw nak buat apa. bilik sudah dikemas, baju sudah dibasuh malah siap berjemur sudah bajubaju itu. nk pergi kutip dan basuh baju budakbudak bilik sebelah pon boleh. tapi aku takut nanti mereka mengalami stress yang berpanjangan akibat daripada memikirkan " muka cute macam ni pon bole jadi kliner ke? nampak educated giler budak ni"

ha, ni yang aku malas bila orang mula nampak kelebihan aku. aku ulang lagi sekali, kelebihan aku, bukan kelebihan LEMAK aku. sila ambil perhatian. kalau tak nak ambik pon takpe. aku tak kesah.
jadi, itulah kesempulannya, aku tak taw nak buat apa, maka terlahirlah entri untuk kali kedua ini.
p/s: bangga sangat bila tengok dah ada dua entri. haha~

Tuesday, June 15, 2010

azam bulan 6

aku tekad! (dengan mimik muka yang menggila dan serius)
ya..aku tekad untuk kali ini dan seterusnya..aku bukan seperti dulu lagi..
aku akan pastikn azam baru aku ini akan terlaksana.selepas berehat yang terlalu lama akibat dari ambik cuti sendiri, sekarang baru aku sedar bahawa dunia ini tidak indah tanpa kehadiran aku *abaikan kalau rasa menyampah*

aku telah berjaya membazirkan tiga 'helai' belog sebelum ini dengan nama yang berlainan.jadi, berbekalkan iman senipis kulit bawang ini,aku telah sedar dari mimpi yang indah. aku merasakan aku dan setan dan sekutusekutunya tidak ada banyak beza.maksud aku, bukan perangai.aku taw aku baek macam aku, bukan macam kau.ok, abaikan. maksud aku tadi sikap membazir yang telah menjadi sebahagian dari pegangan hidupku selama ini.

kali ini aku berazam unuk tidak mengulangi sikap buruk itu lagi. aku akan berusaha sedaya upaya aku untuk menconteng dia atas papanitam ini sekerap yang mungkin. dan secara automatiknya mesti hati busuk kau berkata

"eleh..bajet macam la ada orang nak bace ape yang kau tulis"

betol tak?? habis yang kau tengah baca ni apa?haha.ok,abaikan.

***********************

jadi, untuk entri yang pertama ini, aku rasa aku tak tahu nak conteng apa. cuma nak ajar jarijari aku biasa dengan keadaan menaip belog. bukan apa, takut nanti jarijari aku ni terkejut pulak tibatiba kena updet belog. orang kampung aku sebut STRECHING. aku pontak taw betol ke tak. kalau tak buat EXERCISE, dorang cakap nanti CRAMP. wah, hebat tak orang kampung aku. orang kampung kau ada ke bahasa macam ni?