Thursday, June 17, 2010

akon

kau kenal ke sape itu akon?
sila jangan tertukar akon dengan aircond ye.. akon adalah seorang manusia, tapi aircond adalah alat penyaman udara dalam bahaa saintifiknya. aku sudah terbiasa dengan memanggilnya aircond akibat daripada berjangkit dengan orang kampungku. hebat bukan?(sambil tersenyum bangga) orang kampungku memang mengamalkan dasar pandang ke barat. tapi aku akui mereka agak bodoh dalam bidang sains.

ini adalah terbukti apabila ada seorang pakcik dari kampung sebelah datang ke rumah ketua kampung. pakcik itu pon berkata " panas la, ce bukak kipas sikit "
dengan terpingapinga tok ketua pon bertanya kembali "apakah itu kipas? "
pakcik itu pon menunjuknunjuk ke siling. maka tok ketua pon berkata " owh, we called it as fan ". pakcik kampung sebelah terus SPEECHLESS AND IMPRESS
kau nampak tak apa yang aku nampak? betapa bodohnya dan hebatnya orang kampungku bukan?

ok lah, sebenarnya tak ada sekelumit pon di hatiku ini nak cerite dengan semua orang kehebatan orang kampungku. tapi pasal penyanyi R n B (aku tak taw genre muzik beliau yang sebenarnya. sebab itu harus di kecilkan) masa kini, iaitu akon. korang kenal tak? mesti la kenal kan?best jgk lagu paktam ni kan. layan je :)

tapi sebenarnya bukan ini juga yang aku nak conteng untuk entri kali ini, tapi tajuk lagu paktam ni. penah dengar lagu LONELY? ha, itulah perasaan aku sekarang. tapi, (banyak betol tapitapi kau ni ijat) aku rase tak ade la sunyi sangat. aku BOSAN sebenarnya. rumateku yang gila sudah selamat tiba di sungai buloh. tinggal lah aku yang kurang gila ini keseorangan. aku tak taw nak buat apa. bilik sudah dikemas, baju sudah dibasuh malah siap berjemur sudah bajubaju itu. nk pergi kutip dan basuh baju budakbudak bilik sebelah pon boleh. tapi aku takut nanti mereka mengalami stress yang berpanjangan akibat daripada memikirkan " muka cute macam ni pon bole jadi kliner ke? nampak educated giler budak ni"

ha, ni yang aku malas bila orang mula nampak kelebihan aku. aku ulang lagi sekali, kelebihan aku, bukan kelebihan LEMAK aku. sila ambil perhatian. kalau tak nak ambik pon takpe. aku tak kesah.
jadi, itulah kesempulannya, aku tak taw nak buat apa, maka terlahirlah entri untuk kali kedua ini.
p/s: bangga sangat bila tengok dah ada dua entri. haha~

No comments:

Post a Comment