Tuesday, May 17, 2011

16 MEI

selamat hari guru di ucap kan kepada semua guru guru yang pernah mengajar aku dari tadika sampai lah sekarang. jasa kalian tidak dapat di balas dan di lupakan. ewah, ayat skema habis.

teringat pulak masa kecik kecik dulu, masa sekolah rendah. esok hari guru, petang ni aku dah mengamuk nangis nangis ajak ma abah aku p cari hadiah nak bagi kat cikgu. semua kawan kawan aku bagi, tak kan lah aku sorang je tak bagi. tak cool ok. nampak sangat tak sayang cikgu. tu teori aku masa budak budak. sekarang tak. ape?ingat cikgu harap ke dapat hadiah? [err, kalau aku jadi cikgu pon yang tu lah yang aku tunggu. mesti x tido malam, xcited duk pikir adiah ape yang akan dapat dari students]

kat sekolah, aku tengok cikgu dapat banayk gila hadiah. tapi bukan semua cikgu akan dapat hadiah banyak banyak. meh aku nak bagitaw cikgu yang macam mana yang berpotensi akan dapat hadiah banyak gila dari students:

1. cikgu lelaki yang muda n of cos la cikgu tersebut mesti hensem! tak hensem gila pon tak pa, janji rupa mesti manis. so, budak budak sekolah especially girls akan serbu cikgu-lelaki-yang-konon konon- hensem 2 untuk wish HAPPY TEACHER'S DAY and bagi hadiah.

2. cikgu yang sporting habis. sape tak suka orang sporting? same goes to the students. tak kira lah cikgu 2 cantik ke x, hensem ke x, janji dorang sporting n boleh jadi kawan ngn students. cikgu cikgu spesis ni memang kompem lah akan kena serbu dan akan bawak balik 2 plastik besar penuh dengan hadiah hadiah.

3. guru kelas. cikgu yang jadi guru kelas ni sangatlah untung. kompem akan dapat hadiah banyak. teori die senang je. meh kita buat kira kira secara kasar. katakan dalam 1 kelas ada 35 orang students. so, 30 out of 35 students akan bagi hadian kat cikgu kelas dorang tanda terima kasih. so, tengok, banyak gila kan 30 tuh. ni tak kira lagi dengan hadiah hadiah dari students kelas laen.

4. cikgu yang mengajar kat sekolah elit a.k.a sekolah anak anak orang kaya. woo, yang ni serius best gilak! kawan aku jadi cikgu ganti kat sekolah elit, memang banyak gila hadiah dia dapat. siap ada dapat hamper n a set of perfume body shop. what?perfume body shop??YES!! memang best gila. nasib dia baik sebab dia ada package muka yang agak hensem, so mesti lah girls ramai yang admire dekat dia.

ni adalah sebahagian dari hadiah yang kawan aku dapat, ven dia cikgu ganti je, tapi banyak gila kann?



so, sebagai bakal teacher aku dah pasang angan angan nak dapat hadiah banyak gila tiap tiap tahun. mesti balik dari sekolah masa hari guru tuh penuh bonet kereta aku dengan hadiah dari students. [err, ade ke students nak bagi hadiah dekat aku?]


we are future teachers :)

p/s: teringat plak satu short story yang blajar masa form 1 dulu. student ni bagi ulam pucuk ape ntah kat cikgu dia masa hari guru sebab dia miskin, tak mampu nak bagi hadiah macam orang lain bagi.

p/s: bagilah ape pon, yang penting kita IKLHAS!

Monday, May 16, 2011

asid oh asid!

panas panas panas!

kes simbah asid da menjadi jadi kan. woo, takut plak rase nak kua g mana mana. baru baru ni kes kat wangsa maju. what? wangsa maju? wangsa walk kat wangsa maju kan? aku selalu sangat g wangsa walk. so, starting from today, i have to quarantine myself, n dun go anywhere. [err, is it possible for me 2 do dat?

tukang baling asid yang sangat xde keje ni hanya membaling asid kepada kaum perempuan je.err, aku pompuan kan?so, kne hati hati lah after dis. takut!
tapi kenapa pompuan je? teori aku senang je, aku suspek si lelaki ni xpuas ati ngn pompuan. perhaps die putus chenta ngan awek die, xpon, putus tunang. kalo da kawen, mungkin laki durjana niXPUAS dengan isteri dia.dats why lah dia meroyan macam orang gila, baling asid sini sana. kesian pulak aku tengok die bile pikir pikir balik.

kalau sebelom nih mangsa mangsa yang kena baling asid ni adalah pejalan kaki, tapi mangsa yang paling latest ni, which is anak pegawai polis, kena baling asid daalam kereta. wah, tengok, pembaling asid yang durjana nih da makin kretif, kritis dan inovatif! makin berani lak tu. so, kalo dulu, aku boleh cakap "nasib baik aku naek kete, possibility untuk kena baling asid xde lah tinggi sangat" tapi sekarang da cakap camni "ha, sudah!aku da la naek kete selalu kena bukak tingkap sebab selalu je minyak xde" so, possibility tu sangat tinggi. so, walau apa pon keadaan, kena ber hati hati sebab lelaki-durjana-xde-keje-tapi-suka-baling-asid-dekat-pompuan ni da makin berani and seems like they want to challenge police and public.

fakta, bukan auta:

1. suspek menggunakan motor ketika menyerang mangsa.
2. suspek bukan berseorangan, tapi melaakukan kerja secara berduet.
3. sorang gempal, sorang kurus.
4. umur, sorang 20-an n sorang lagi 30-an

p/s: mungkin jugak suspek adalah seorang oenireh getah. tapi susu getah dia kena curi dengan orang laen. so, asid a.k.a cuka getah yang dibeli, dengan tujuan asal untuk membekukan susu getah, di baling ke arah pompuan laen dengan motip sakit ati dan geram terhadap sang pencuri. maklumlah, getah kan mahal sekarang. sebab tu pembaling durjana ni jadi sewel. lol





pic suspek..kenal x?kenal x? kalo rase kenal tu, sila sila lah bawak dia ke balai polis ye, sebelom kamu sendiri jadi mangsa :P

12 MEI 2011




first thing first benda yang aku ingat masa bukak mata tepat pukul 1107 pagi adalah KONGSI!
arini KONGSI release wehh..aku excited gilak nak p tengok.lama kot tunggu, dari awal taun asek tengok triller cerita ni yang perghh-gempak-gile-kau-taw!

so, dengan semangatnya aku call sana sini ajak kawan kawan join sama. ye lah, aku xmaw pulak syok sorang sorang. benda baik macam ni kena la KONGSI dengan kawan. kannn?

at last, aku, akmal n sahabat susah senang, omie a.k.a cik cemas je yang pegi tengok. yang laen aku call, ade je alasan. ntah knape lah dorang ni, nak ajak g berhibur cara remaja baik pon susah. so, kol 530 petang, kami pon masuk panggung. dah la seat kat row C. tapi xpe, demi KONGSI, wa sanggup. lenguh pon, lenguh la, janji aku dapat tengok.

ok, da habis tengok cite KONGSI. one sentence aku boleh bagi, MACAM BODOH JE. CITE XDE MOTIF. eh, da masuk 2 ayat ni. ye lah, aku xpaham betol la. lawak lawak dalam cite ni, orang dah boleh predict.

1) masa farid kamil masuk, cakap buat mulut ikan. eyueww, oldfashioned okie!

2)masa farid kamil answer the call, cakap slow slow, lmbut lembut macam orang takut bini. eyueew, old fashioned again!

3)banyak guna pekataan NATE BEROK. err, lawak ke? macam DOWH okie! tapi yang peliknye, orang atas aku gelak sampai nak tercabut jantung. aku ngan kawan kawan aku gelak camni je ha ha ha. satu satu aku gelak. nampak tak betapa sarcasstic nye cara kami gelak?

4)kenapa aku kata tak lawak? mungkin sebab penggunaan bahasa kelantan oleh TUMULAK.sebab aku membesar dengan environment cakap kelantan kot, so there's no funny at all when TUMULAK speaks in this dialect. sounds silly!pfft

aku bukan nak condemn [err, betol ke ejaan ni?] filem melayu. tapi camni ah. aku da la semangat gila nak tengok cite ni. masa cite ni da habis, aku cakap camni je "ek eleh, camni je ending?"
tengok, sangat mengecewakan. aku da mula tawar hati nak tengok KL GANGSTER. kawan aku dah excited sangat tunggu cite ni release. aku pesan kat dia, tunggu download je lah. jimat duet. tak habis 11hengget :P


so, aku da taw kenapa kawan kawan aku xnak follow aku tengok cite ni. buat penat aku call je, habis kedit aku. laen kali bgtaw je lah, cite tuh xbes!

Friday, May 6, 2011

cuti sem da nak habis!yayy..xsabar balik UIA!pffft..kalau lah bole ulang balik 3minggu lepas[sigh]owh, SURGA!!

mula la sindrom malas macam BAB.. ok, xbaik!sekali lagi, mula la malas macam malas menjadijadi. even nak pack barang pon malas.barang pon merata rata,tak taw kat mana.arghh, MALAS! kenapa kena balik uia?

kenapa?

kenapaaaaa???

nway, tq tuantuan dan puanpuan lecturers for the best result..weee~




aktiviti dalam kelas..orang present kat depan, aku snapsnap pic kat belakang :)