Tuesday, November 16, 2010

ini entri korban

hyep!

wah, tiaptiap ari aku hupdet nih. aku da mule rajin. perubahan n pengorbanan yang positif ni. hebat, bukan ;)



cite pasal pengorbanan ni, banyak bende yang membuatkan aku teringat. contohnye pengorbanan aku untuk tido sematamata kene g kelas. nak pulak kelas kol 8.30. mak ai, memang liat la aku nak bangun. tapi disebabkan aku ni budak yang SANGAT BETANGGUNGJAWAB, aku pakse diri aku untuk bangun. ala, bukan ikhlas sangat sebenarnye aku g kelas. tapi lebih pada for the sake of the attandance. (tengoktengok, aku sangat ikhlas mengaku)



lagi satu, pengorbanan aku dari segi makanan. kalo kawan aku takde makanan, aku sanggup kongsi makan samesame ngan die. ikot ati memang xnak bagi.ye la, aku ngan makanan ni memang xdapat dipisahkan. tapi, dah die ade kat sebelah aku, then buatbuat tanye macammacam. contohnye:



"weh, ko makan ape 2?"

"weh, ko bli kat mane 2?"

"eh, bape hengget ko beli 2?"

"sedap sangat ke yg ko beli 2?"

"esok kite g beli ye.ko temankan aku. ak nak makan bende ni esok."



eleh, aku taw sangat taktik keji ko nak mengepow makanan. aku pon hape ag, bosan sangat ko tanye macam, aku pon cakap



"eh, ko amek je la ni. aku nak rase je ni. lagipoon aku memang beli untuk ko. tadi ma aku call. tanye aku da beli makanan untuk ko ke x. duet aku ni memang untuk ko pon"


eh, ni da masuk bab mngungkit, kan?

astaghfirullah 'alazim. tak baik weh. ustazah samihah xajar. taktak. aku ikhlas share makanan ngan kawan aku. mulia kan ati aku? macam hati BABY.



actually aku nak cite pasal ari esok je, tp da telebih pulokk. xpe la, xlari tajuk lagi ni. cikgu BM aku sebut masih dilandasan yang betol. ustaz aku cakap aku berada di titian siratul mustaqim. nak taw orang kampung aku sebut ape?



" u r in right path, man!"

orang kampung ko sebut ape?

ok, entri ni di tulis khas untuk mengucapkan







SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA





kepada sapesape je yang merayakan. tak lupe juge kepada incik kambing, lembu, kibas, biribiri, unta dan kaum sejenis mereka,

SELAMAT TERKORBAN



Xpe, besar pahala korang taw. syukur la korang jadi binatang.hesh,. macam bukan aku yang sopan je tulis. sekali lagi. syukur la korang jadi haiwan(ha, nampak kemanisan disitu, kan?) . kepada manusia pulak, jangan korang pulak yang jadi mangsa korban, behatihati tak kire la ko nak g pasar ke, buang sampah ke, jemur kain ke, even nak g berak sekalipon. hatihati. tapi ajal maut di tangan NYA. kita mampu merancang, tapi DIA yang menentukan.

renungrenungkan, dan selamat beramal :D

Monday, November 15, 2010

rajen balek ;)




hyep!
lame gile aku tak meneruskan karangan ilmiah kat sini (ilmiah la sangat an). aku ingat nak abaikan teros jebelog ni. bia besawang bagai. maklumla aku ni sedikit mengamalkan sikap habis madu sepah dibuang. baru style wok! (uh, sangat keji ok, bukan sifat semulajadi aku)

tapi bile datang je musim cuti sem, aku mule la nak mengamalkan sikap 'bagai sireh pulang ke junjung'. eh, betol ke ni? suke hati haku la..
maklumla bosan kat umah.eh, tapi nak kat bosan xjugak. banyak bendeyang aku wat sepanjang cuti ni. antaranya makan, tido, g kedai, makan, makan, makan, tido, tido, tido, tido, g kedai, g kedai..ha, kan banyak aktiviti aku tuh.

tapi bile da lame tak menghupdet belog ni, sesekali rase rindu jugak. asek blog-walking kt page orang je. bile lagi nak rajenkan diri.



sebenarnye bnyak bende sangat yang aku nak bagitaw kat cni. maklumla da bpe lame aku tak hupdet. cite psepanjang sem ni la, cite pasal kawankawan la, cite pasal diri sendiri. tapi takpe la..

ni baru intro. nanti aku citecite panjang lebar la. bukan hape, nak bagi bese dulu ni.

sekalisekala poyo tak salah kan?



Wednesday, September 8, 2010

doa dan harapan!

pesanan untuk bakal suami saye!
kat mane pon awak berade, sape pon awak. xkesah laa. asalkan awak lelaki.
saya nak jadi makmum awak. nak ameenkan doa awak.
tak pandai doa arab pon xpe.saye pon takde la paham sangat. doa BM suda. asalkan awak ikhlas.laju je saye ameenkan nanti :) awak doa, sy ameenkan.
saye masak, awak makankan.jangan kutokkutok walau tak sedap.makan je jangan banyak bunyik ye :P

benci tak?

aku duduk rehatrehat pada satu petang sambil makanmakan. aku makan lasagne, makanan feveret orang kampung aku.
tengok, lagi satu bukti kami mengamalkan dasar pandang ke barat. tak main la makan mee goreng mamak. aku jeling sebelah mata je kalo ada orang nk blnje yang 2. paling sempoi pon blanje la pizza. bukan yang bli kat kiosk 1 hrge rm 1.20 ye. yang tu lagi la aku tak pandang. pizza hut ok.
(ya allah, ampunkan la dosa orangorang yang akan ngate aku ni)

ala, aku taw, msti kau nak cakap aku poyo kan.

penah satu hari aku teringin sangat nak makan eskerem. ntah kenape la dengan diri aku ni. mengidam mengalahkan orang mengandung sembilan bulan.

p/s: jangan jahat mulut cakap aku mengandung! aku pakwe pon xde
motif? sape nk kawen dengan aku oi? owh, telebih suda. macam desperate pulak

sambung balik.
aku bagitaw dekat sume kawankawan and sapesape je aku nak makan eskerem!
tolong bagi aku sekarang.

lagu airplane berkumandang dari telefon cap ayam aku. ade orang call!!

"oi makcik! turun amek eskerem skarang"

sempat jugak aku jogetjoget and gulingguling. bahagia bile orang penuhkan permintaan kite. umpamanya seperti orang sakit perot dapat berak.

"nah, eskerem kau! kecoh betol"

dengan muke teruja tahap nak terjun bangunan aku rampas.
serta merta muka aku bertukar menjadi hijau. terasa betolbetol nak terjun bangunan. kecewa.

cepatcepat aku ucap terima kaseh dan balik ke bilik.

nak taw kenape aku kecewa?
kawan aku anta eskerem mekdi.

oh, man! i xmain la eskerem mekdi. atleast bagi la baskin' robin ke, haagen daaz ke
[ayat mintak lempang]



tapi disebabkan aku kempunan tahap gaban, aku telan sampai habis. fuhh..lega!

*****************

nampak tak hebatnye orang kampng aku?
janga benci and salahkan aku kalau aku begini. aku dah terbiasa kehidupan begini . orang kampung kau ade macam ni?

p/s: kalau jumpe aku, jangan lempang kalau kau sakit ati bace entri aku

Tuesday, August 31, 2010

jangan tanye aku knape aku dah lame tak updet blog. aku saje je nak test diri aku bole tahan ke tak kalo tak menconteng kat sini. sebulan jugak la aku tahan. same macam pose la maknenye. jadi, kesimpulan yang bole di buat, aku boleh menahan nafsu untuk menulis blog, makan dan minum tyme pose serta perkaraperkara membatalkan pose. wah, ni da masok meaning pose nih. atleast ko dapat input jugak bace entri ni kan :)

so, aku rase da tibe mase untuk aku ucapkan selamat berpuasa, selamat menyambut kemerdekaan ke 53 n selamat menyambut hari raya yang bakal tiba tak lame lagi. aku ingat lagi mase kecikkecik ustazah samihah ajar

" ingat ye, orang comel tak boleh membazir"

nmpak tak? memang dari kescik lagi aku di ajar untuk riak. bukan salah aku. ni salah ustazah aku.

rase seronok sangat puasa taun ni. banyak benada aku buat. aku excited sangat nak g teraweh. tapi minggu first je. lepas 2 ade je rintangan n halangan.

ok, da la 2. rase malas plak nak citecite lagi.

Saturday, July 31, 2010

2021 pm
aku terdengar lagu jazz..urm, layan jugak kadangkadang

2133 pm
muzik bertukr genre. rentak hardcore terngiangngiang. aku wonder dari mane arah datangnye muzik ni. yang peliknye aku sorang je dengar.
rumet aku si kembar tengah setadi dengan tenang.
aku cari lagi bunyi muzik yang semakin kuat dan ganas tu. dem! rupenye perot aku yang bunyi mintak di isi.

rumet aku yang sengal nan seorang
tu takde. selalu aku makan, minum, tido n kadangkadang g toilet samesame. so, aku tepakse la cari mangse baru untuk teman aku pegi makan.

ok, da dapat!

aku borakborak lamelame dengan die. banyak benda yang kami cerita.
lame tak tukartukar stori.
tibetibe masuk part yang agak sedih n membuatkan aku pikir.

" sekarang musim ujan kat umah aku. mak aku tak bole g menoreh. duet pon makin kurang. ayah ku pulak asek xsehat je sekarang. aku sedih betol la keadaan macam ni. aku tak taw nak tolong femili aku cemane. nak mintak ngn akak aku, die da bagi duet kat abang aku yang stadi kat uum 2. lagipon mostly barangbarang dalam umah 2 akak aku yang bayarkan. mase die tunang aritu sume die yang tanggung sendiri. aku kesian sangat tengok die. kalau orang laen nak tunang mesti mak bapak dorang support kn?

mase abang sulong aku kawen pon akak aku banyak jugak hulurkan duet. tolong abang aku. tapi mase die tunang, abang aku tak tanye langsung akak aku ni. aku bengang betol. sekarang da jarang call mak aku. nak balik umah lagi la aku tak harap. mungkin die bahagia sangat dapat bini cantik. mak aku dah tak harap duet abang aku tu. penah je aku call abang aku, suruh die tanye kabar femili die. abang aku cakap nanti die call mak aku. aku pon tak taw la die call ke tak.

semalam mak aku call, die cakap nak tebus cincin yang die gadai aritu. tapi duet tak cukup. aku sedih sangat. so, tadi aku pegi withdraw duet ptptn aku, aku transfer kt mak aku. aku tak taw nak tolong macam mane lagi. aku harap mak aku dapat cincin 2 balik. tu cincin kawen. duet aku da tinggal siket. mintakmintak la cukup sampai hbs sem ni"

ok, aku agak sentap dengar cite die. bile di review kan balik, aku rase aku sangt lah boros.
ade je benda yang aku nak beli even aku taw benda 2 tak penting. tapi aku suke sangat buat!
so, lepas ni aku akan cube control nafsu membeli aku.
aku tak akan jadi kuda lagi.

Friday, July 30, 2010

aku pon xpaham ni!

perasaan dibiarkan oleh seseorang tanpa sebarang sebab atau pemberitahuan tentang salah laku atau sikap tidak senonoh yang tak disengajakan adalah lebih teruk daripada ditinggalkan pakwe kacak yang tak ada matlamat hidup.

mood aku telah terbang ke mekdi dan sedang mkn GCB. jasad ku masih lagi disini.
oh, tibatiba terasa seperti mahu bakar bulu hidung seseorang.

madah la pulak

entri kali ini agak berlainan..
mungkin terkesan dengan mud aku sekarang..
sunyi?aku tak pasti..
sedih?tak dapat digambarkan..

aku harap kau taw ape yang aku rase..
at least gimme a smile k..


if i'm a pen.
i promise to keep all your secret.
all that you wrote.
and all that you told me it's private.
if....i'm a pen.

if i'm a train.
i'll take you as far as i can.
to a place where.
you really love to stay.

if i have wing.
let's spent sometime, flying.
out of space.
away from the rest.

but.
i am just a friend.
who can just shut up and listen.
without taking any action.
or having any solution.

tolong senyum kawan.
bukan kerana ianya indah.
bukan aku minta sedekah.
kerana senyum.
kau mampu sorok rasa gundah.
tak percaya?
senyumlah!

Thursday, July 22, 2010

bertukar

Sekarang aku telah berkenalan dengan sorang bidan. aku panggil dia mak Lila.
satu malam aku pergi rumah dia.
aku bajet rumah dia biasabiasa aje.
sampai sane aku wat kirakira, ada 12 pasu bunga besar besar tempayan. Menurut laki mak Lila, sebijik pasu bunga harga RM300. Itu baru pasu bunga.

aku masuk dalam rumah. kali ni aku semak pulak televisyen full HD 42 inci jenama Sony di ruang tamu dengan sebijik peti ais besar pintu rumah tersandar kemas di celah lorong menghala ke dapur. Memang champion!.Barangbarang dan perhiasan dalam rumah mak Lila pun memang champion!. Tengok, sampai 2 kali aku bagi champion pada mak Lila.

aku syak mak Lila sudah mencapai status 'financial freedom', iaitu status yang selalu dipakai oleh pengamal ilmu MLM mase bagi ucapan pada pekerjapekerja makan gaji, tidak kiralah pemakan gaji besar atau kecik.

Ya. aku asyik terfikir, rasanya masih belum terlambat untuk aku menimba ilmu menjadi Bidan.

untunguntung bole jadi macam mak Lila.

Boleh pakai peti ais besar pintu rumah,

Ibarat kata orang kampung aku;

"Why Not?"

Wednesday, July 21, 2010

sumtimes

Kadangkadang, kita tidak perlu banyak pilihan.

Kadangkadang, pilihan itu tidak menentukan kita.

Kadangkadang, kita yang menentukan pilihan.

Kadangkadang juga, kita tidak berpilihan.

kadangkadang aku pon tak taw ape yang aku conteng.

ok, itu aje. tetap takde motif. terima kasih.

Sunday, July 18, 2010

dua

maaf, aku bukan sengaje nk tinggal entri lepas macam tu aje. itu keje tak siap namenye. pecaye la, itu bukan sifat sebenar aku. aku seorang yang sangat kemas den teratur. tak pecaye?

tanye aku ok.


sebenarnye mase aku updet entri lepas, aku lupe bukak suis chrger. bukan rutin aku untuk turun katil and tekan suis mase aku da sedapsedap atas katil sambil menghupdet belog ni. owh, sangat keji.


sambung balik cite yang tak habis tu. tibetibe aku teringat cikgu tadika. bukan sebab beliau tak cantik atau gemok. tak baik hina orang. ma aku xajar. ustazah samihah pon xajar. tapi aku blajar dari kawankawan . dulu waktu kecikkecik cikgu selalu tanye


"nanti besar awk nak jadi ape?"

betol tak? aku allergic betol dengan soalan ni. pegi jumpe doktor, tapi dy cakap memang xde ubat. aku syak mase kursus cikgucikgu ni dipesan supaya tanye soalan ni dalam kelas. konpius!

jawapan standard budak tadika mase tu adalah doktor, polis, cikgu. tak kretif betol!

jadi, aku mule fikir untuk mencipta kelainan. dengan penuh semangat dan iltizam aku angkat tangan tinggitinggi dan cakap

"cikgu, saya rasa saya taknak jadi pape la"

papp!laju kapur tulis mencium pipiku. aku keliru. adakah aku besikap kurang ajar atau cikgu mahu bergurau kasar?
oh, tidak! ak hanye mahu jadi insan yang kretif dan inovatif. mungkin cikgu tekejut dan teruja dengan jawapan yang aku bagi. mungkin juga mereka bangga kerana ada murid yang cerdas minda seperti aku.

sampai lah aku masuk sekolah rendah, soalan yang sama still ditanya. aku muak.

enam tahun lepas tu, aku masuk sekolah menengah. mase first day, aku muntahmuntah.
alahan aku semakin terok. aku da sound cikgu awalawal jangan tanya aku. tapi cikgu teruja nak taw. akibatnya, aku dimasukkan ke icu selama 2 ari. tragis bukan?

aku berjaya masuk u. tapi aku pengsan. mesti kau da bole syak kenapa bukan?
ya, itulah sebabnya.
semakin lama aku semakin bengong memikirkannya. kenapa dan kenapa.
tapi aku tak dapat jawapan untuk soalan tu.

jadi, aku berjanji pada diri aku kalau aku jadi cikgu nanti aku tak kan tanya soalan 2!

p/s: bukan semua yang indah itu baik, tapi semua yang baik itu indah :)






Wednesday, July 14, 2010

satu

bukan sajesaje aku tak updet dan menconteng di belog n papanitam ni.
tapi aku memang saje! eh, tak la. aku takde mase sebenarnye. aku taw sume orang mesti tunggu entri baru kan?eleh, jangan nak kutukkutuk aku cakap perasan. padahal memang kau bukak belog aku tiaptiap ari nak bace kesah baru. ngaku je la.

lately (lame pulak rase xcakap bahase orang kampung aku) aku tersangat lah bizi. maklumlah baru masuk sem baru. pastu terkejarkejar nak uruskan syarikat kapal lagi, syarikat minyak lagi. adoi, and lagi satu, baru semalam aku amek alih jadi pengarah urusan syarikat jual barangbarang komputer ni. messi eh salah eja.ni la bahana world cup. aku pon da kene virus.sekali lagi, messy betol hidup aku sekarang. tu xmasuk lagi dengan keje aku sebagai duta kecantikan. bukan 1, tapi 4. eh, aku malas la nak cite. nanti kau cakap riak n mule la nak ngatengate aku. free je kau dapat dose. aku xsuke betol kalo ornag dapat dose.mulia bukan?
kalo bole lepas bace belog aku ni, kau dapat pahala. ha, kan terserlah kemuliaan aku disitu.

tibetibe aku teringat......

to be continued..

Tuesday, July 6, 2010

preview

malam ni aku di rumah lagi. boleh tahan bosan juga. bola pulak takde. lagi bosan. adik aku tido awal. aku bertambah bosan. takde orang nak gadoh rebutrebut remote dengan aku. bosabosnbosan. rasa mcm nak pergi buat ujian talesemia sahaja. selalunya mata aku ni di sajikan dengan kerjakerja bilik dan asignment oleh lecturer. tapi sudah lama aku tak buat latihan yang boleh mencerdaskan minda tu. aku memang sangatsangat suka buat assignment. tiba-tiba takde, perasaan nya umpama kau pergi rumah org kawen tapi tak dapat doorgift. resah bukan?

kalau orang yang tak dapat doorgift akan lalu dua tiga kali depan tuan rumah untuk hilangkan keresahan, aku pula mula membuka online.oh, macam mne pulak nak membuka online? online suda. aku ke muka buku. folder gambar menjadi pilihan hatiku. hasrat dihati ingin menatap muka comelku yang berpakej jerawat dan parut.unik bukan?

bukak je folder, mulutku terasa ringan mengalunkan katakata azimat berbentuk carutan.smalangnye, eh tak baik. nasib baek la.sekali lagi didikan ugama ustazah Samihah dari SMKA baling berjaya menyelamatkan keadaan. ustazah selalu berpesan,

"ingat ya, orang comel tidak ditakdirkan untuk mencarut".

maka tak jadi aku nak mencarut. tp modem cap CSL ni betolbetol menguji kesabaran dan keimananku. dengan penuh gaya mutu dan keunggulan, aku mencuba sekali lagi untuk connect. tak boleh! lalu kakata manis menghiris kalbu keluar dari mulutku. aku istighfar sebentar. insaf mungkin. aku bukan beli modem cap ayam, tapi barang buatan malaysia. niat aku baik untuk sokong negara sendiri. tapi inikah balasan yang aku terima?

terasa seperti mahu lari ke london sebentar sebagai tanda protes. tapi duet pulak takde.
takpe, aku akan tido selepas ni dan berharap aku boleh mimpi aku pegi london. sekurangkurangnye dapat jugak aku pegi sane.kn?

Saturday, July 3, 2010

sila ambil kesah

Nama saye dulu Din(bukan name sebenar), saye mati ni sebab rokok. Tadi saye tulis warkah ini khas untuk anak-anak nage sekalian. Saye mule merokok ketika usia 12 dan mati sebab rokok pada usia 24. Dulu, saye anak nage part time je, lebih kurang 2 batang sehari, tapi lepas 2 tahun berkecimpung secara aktif, saye menjadi pro dan mula menelan 5 batang rokok sejam dan memenangi anugerah perokok pantas seduia dengan rekod 1.779 batang seminit.

Selain itu, saye juga memenangi anugerah gudang garam tahun 1999 dan anugerah dunhill 2001 untuk pembelian rokok terbanyak dalam masa 12 jam. Pada tahun 2002, saye mendapat tempat kedua anugerah mild seven untuk asap paling tebal.

Namun, pada tahun 2004, saye menemui ajal dalam acara marathon sambil mengasap bandar kl anjuran malboro, tetapi saya dilanggar trak pengangkut lucky strike yang datang dari gombak menuju ke baling. Disebabkan oleh kesan pelanggaran yang kuat hingga memecahkan kepala, paru-paru, jantung, dan otak saye, saye mati di tempat kejadian. Jadi, nasihat saye, jangan merokok sambil berlari, sekian.



Yang benar,
arwah din.

Friday, July 2, 2010

tak ade motif

orang demam bola, aku demam bosan!
hipotesis terbaru yang aku jumpa sejak 15 jun lalu..
maka, sudah terbukti bola itu bosan. harap maklum. jangan bantah.
research aku ni telah dipantau oleh kakak ku dan di sah kan oleh emak ku walaupon ada bantahan dari abah dan adik lelaki.

adoi, aku sangat bosan sebenarnya. tibatiba rasa nak kawen pulak. eh, jangan sempitkan otak kau dan mula berfikir ke arah warna kuning dan oren. bukan itu yang aku nak. itu kau yang nak. betol bukan?jangan berdalih dan malumalu untuk mengaku.

aku rase esok pagi kene bangun awal. pergi pejabat surat kabar. mintak die buat kan iklan untuk aku. letak muka aku besarbesar dekat muka depan. tulis tajuk besarbesar "budak nak kawin". ma aku cakap jangan buat begitu. nanti orang cakap aku sangap nak kawen.

tak pe, aku sabar je la.




entri kali ini sangat bosan sebab aku sangat bosan sekarang.selain itu aku juga seorang yang membosankan tapi tidak sampai tahap di panggil cik bosan.

Tuesday, June 29, 2010

gather

hari itu hari ahad. aku kire hari minggu. hari minggu bukan hari untuk rumah. hari untuk rayau dan rewang. aku bangun awal. aku mula fikir nak pergi mane. aku dapat idea. keluar jumpa kawankawan cool jugak. ok, aku amek henpon. aku call cik panjang. tak dapat. aku call lagi. tak dapat. aku bengang. mulut ku mula keluar pujian berbentuk carutan. ok, aku tipu. aku kan sopan. tak sampai hati nak maki kawan.betol, aku tak tipu. aku cuba lagi. dapat!

"weh, laen kali buang je henpon tu. letih aku call"
"semalam aku dah buang. baru tadi je aku kutip balik. sebab tu kau call tak dapat"

dem! aku rasa macam nak lempang die. aku bodoh ke dia bangang? aku sudah keliru.

aku call si kering pulak. on!
aku call si kurus. jalan!
aku call budak tengah naik badan. bereh!
aku call comel. boleh aje!

kfc. kami jmpe kt situ. kami makanmakan dulu. aku makan pinggan makanan ringan. mesti kau tak paham bukan? orang kampung aku sebut snack plate!sudah paham?
ha, bagus!

kenyang sudah perut, tapi kami sakit perut. kami gelakgelak banyakbanyk dan kuatkuat. cerita kisah nakal masa sekolah. semua orang tengok. kami kuatkan volume lagi. dasar muka pecah betol.

lepas makan, kami buat latihan. dah lame tak maen samasama. lepas sukan sea yang lepas, masingmasing sibuk. pegang bola boling dah macam pegang buah kelapa. sedikit terserlah di situ. jangan kata kami jakun. kami cuma suka makan hakun. kau taw ke apa tu hakun? sila rujuk kepada mak kau.

kami maen dengang sungguhsungguh. macam ada match. aku bangga berkawan dengan budakbudak ni. palin sikit pin jatuh adalah 30. hebat bukan kawankawan aku?
ramai orang tengok kami maen. aku ingat nak bagi sokongan. tapi dyorang cakap peminat. dyorang mintak sign. kami bagi. dyorang cakap kami champion longkang. dem betol! busuk punye orang. kami maen sambil gelakgelak.

then, kami pergi test suara pulak. adakah masih hebat seperti dulu. ternyata kami tak banyak berubah. kami masuk satu bilik. kami bukak mulut besarbesar. kami nyanyi kuatkuat. ade jugak jejaka kacak jenguk dari luar sambil senyumsenyum. aku tak taw ape motif dyorang senyum.
aku dengar orang bilik sebelah nyanyi. sedap! macam spagethi aku kira. aku dengar pulak kami nyanyi. dem!macam shit je. aku tutup muka. jejaka kacak masih senyumsenyum kat luar. kami buat muka toya. kami teruskan hiburan masa kini tanpa hiraukan orang.

hasilnya, kami bahagia.

moral of the story: ada aku kesah?
buat apa yang kita suka. jangan fikir malu dan segan. tapi tetap amalkan sikap gadis melayu terakhir.






Monday, June 28, 2010

kuasa lempang

tadi aku buat kirakira. selepas ditambah, tolak bahagi darab, baru aku taw ramai jugak kawan aku. tu belom masok kuasa kuda lagi.eh, kuasa dua la.sayang pulak rasanya nak tekan backspace. jariku meneruskan perjuangan!

aku ada sorang kawan. aku panggil dia cik cemas. mesti kau nak tanye sebab kan? sebab die cemas la. ish, tak pandai betol kau ni.
die ni dem cemas!
kadangkadang aku rase nak lempang die lajulaju je. bersebab ye. aku bukan suke sangat lempang orang. aku kan penyayang. betol, tak tipu!

ok, sambung lagi. satu ari aku tengah tido. aku tengah mimpi jejaka kacak. belom sempat jejaka kacak lamar aku kawen, tibetibe aku dengar satu suara buruk panggil. aku bengang. aku rase panas je walaupon hujan turun menggila. cik cemas panggil aku. henpon die masok dalam lubang jamban. aku mula gelak. aku gelak kuatkuat macam hantu pontianak. cik cemas marah. aku tak peduli. cik cemas tengah cuba untuk ambik lagi henpon nya. aku gelak lagi.
die dah mula cemas gile. aku behenti gelak. aku pulak cuba. tetap tak berjaya. die marah. die tros flash toilet. gelak ku bertambah kuat.

malammalam die suka tido dengan aku. die penakut. aku jadi mangsa. tapi takpe, aku cuba jadi sebaek malaikat. aku kan penyayang. ni pengakuan kali kedua, bukan?
satu petang aku tengah rehatrehat.berangan jadi datin. aku tengah shopping. tibetibe cik cemas jeritjerit. kali ini aku nekad nak lempang. die cakap henpon baru die hilang. aku suruh die cari sebelom aku lempang. tak jumpa. ok, aku lempang die kuatkuat. henpon die bawah bantal. cemas tak?benci betol aku.

tapi walaupon die cemas, tapi die baek. dah banyak kali makan lempang aku, tapi tak penah melawan. bagusbgus!
aku sayang betol dengan die. tengok, aku kan penyayang. ok, dah tiga kali dan sudah terbukti bukan?

buat cik cemas, aku updet entri ni khas untuk mu. i ♥ u!


transition

ku rasakan sudah lama tidak bersua dan menconteng di atas papanitam ini. bukan malas atau tak ada idea, tapi kesuntukan masa dan tangan ku agak parkinsen sejak akhirakhir ini. asal nak start tules je, mule la tangan aku ni gigilgigil dan terketaQketaQ. aku pelik. pegi jumpe doktor hensem. doktor hensem cakap dah terlebih lemak. aku tidak paham. doktor hensem senyum. aku terpikat. doktor hensem suruh aku diet. cehh!! tak guna muka hensem, tapi hati tak hensem.

cuti semester lamalama, aku sudah merasakan bosan yang terlampau.aku tak ada idea nak buat apa. suatu petang aku main terjunterjun. aku pilih bangunan yang paling tinggi untuk terjun. tapi aku tak mati. ok, aku tipu. harap maklum.

suatu malam, aku online. aku tengoktengok resipi. aku rasa sudah tiba masa aku lakukan perubahan hormon. jangan salah paham, aku belom nak kawen lagi. kau masih ada peluang. aku cuba mencari mood untuk bertukar dari gadis ke wanita. esok petang, aku berjaya!aku pasang hasrat nak buat kek. ya, kali ini aku betolbetol nak buat. aku buat sorangsorang. aku lenguh. aku jerit panggil adik aku tolong. aku buat dengan penuh kasihsayang. akhirnya jadi. nak tengok?
baiklah, aku bagi tengok. aku kan tak kedekut..ok, yang ni tak tipu. aku memang baik hati. tak pecaya, tanya aku.ok, cakap banyak, kn?jangan benci aku. tengok je la. jangan keji, tapi tolong puji.


maaf, lighting kurang menarek. kejap ye.


nampak sedap bukan?


topping agak comot. aku kurang mahir

bukti kek aku sedap



lagi bukti



sedap kan?kalau nak tempah, bagitaw la. ngee~

Friday, June 25, 2010

entah

Ehemehem… tak taw nak tulis apa sebenarnya. Sebelum aku betulbetul jadi malas dan tak taw nak tulis, baik aku menconteng apa yang patut dulu.

-

Aku rasa, cuti semester 25 hari tak cukup untuk aku. Mungkin aku tamak. Mahukan lebih.

-

Kadang-kadang hujan yang sejuk menyebabkan tidur petang kita sempurna. Tapi kebelakangan ni, panas terik petang pun aku boleh tahan untuk sempurnakan tidur petang aku.

-

Membuat asignment tak semudah menulis entri seperti ini.

Thursday, June 24, 2010

negara bermusim

eh, korang perasan tak yang malaysia a.k.a negara kau dan aku ni sebenarnya negara bermusim?
kejap la, tak habis lagi la.gelojoh betol ko ni. aku belom habis taip lagi la. bukan musim yang ada empat tu, tapi macammacam musim la. aku bangga jadi anak malaysia. *tibetibe !*

musim ape yang kite ade ea?
kalo ujung taun, dalam bulan sebelas ke duabelas ke mula la hujan tak berhenti kat pantai timur. orang sane panggil pian bah. time ni jugak la ramai budakbudak yang mati. sebabnye?
sebab gi maen air banjir. yang gatalgatal keluar rumah kenapa?
duduk je dalam rumah diamdiam. jangan gi manemane. kalo boleh sekolah pon jangan pegi. haha. kepada ibubapa, sila ikat anak anda di dalam rumah. pesanan dari khidmat masyarakat.

then, sekarang ni korang taw tak musim apa?
ha, sekarang kan tengah musim buah. banyak gile buah sekarang. durian, rambutan, manggis, banyak lagi la. bersepahsepah. so, harga pon jatuh disebabkan lambakan di pasaran. nak jadi pakar ekonomi pulak ke aku ni?



cite pasal durian, sebenarnye ade cerita disebalik tAbir ni. orang kampung aku sebut story behind the scene. haha tak habis dengan orang kampung kan?abaikan je okeh!
kite sambung balik. kisah nye cenggini.
ade la sorang brader ni beli buah durian dengan sorang apek. 50 hengget die habes sematamata nak makan durian.
tapi yang sedih, geram, dan sakit hatinya, mostly dari buahbuah tu xbole pakai. maknanya xbole makan la, rosak. lembap betol!

so, tadi brader ni mintak la ganti balik. 50 hengget tu oi. banyak tu. kalo beli baju pon da lepas ni.
ok, takde dalam fakta cite pon. kite sambung balik. korang rase apek tua tu nak bagi ganti ke?
huh, xde maknanya. apek tu ajak gado. gile betol la. tak padan dengan tua. otai tu. then dyorang gadogado mulut kejap. then alihalih da berguling kat atas jalan.

dyorang maen tumbuktumbuk. bukan tumbuktumbuk nak masak tu, ni tumbuk muka la. gile la habis darah muka apek tu. padan muka!haha. nak tunjuk gangster sangat. so, pemenangnya adalah brader tadi tu la. walaupon tak dapat durian, tapi beliau dapat tumbuk muka apek tu. mesti puas ati, jantung, buah pinggang, pedal, eh, manusia ade pedal ke?ke ayam je? tah, aku pon xtaw.
free je dapat tengok wrestlin' arini. tak payah tengok kat tv dah. ye la, sekarang kan musim bola, asyik kena berebut remote je. korang kene berebut jugak ke?

eh, korang makan durian takpergh, sedap gile viva taw tak..makan tak?
ceh, poyo je kau tak makan. bajet omputeh la tu?
orang kampung aku yang mengamalkan dasar pandang ke barat pon makan macam gile, kau tak makan?
rugirugi!ko taw tak, orang puteh datang sini, benda first yang die cari ape?
durian la wei. ceh, bajet hot and amerika la kau tak makan durian kan?haha

Tuesday, June 22, 2010


hyehye!

kali ni aku rase macam nak meluahkan isi hati aku je. rase tak terbeban untuk aku menanggung lagi. haha..ngek! aku rindu sangat dengan dyorang neh..

sebenarnya aku nak berkongsi (kalo ko xnak taw pon aku nak cite jugak. aku kan baek :] sejarah hidup aku. ala, mase aku mudemude dulu punye cerita la.

dulu waktu aku muda remaja, aku ada skandal eh bukan skandal la. aku memang betolbetol kapel dengan beliau ni. time tu aku muda sangat lagi. aku ingat beliau ni nak maenmaen je dengan aku. rupenye beliau serius. ye la, aku taw, aku cantik eh silap lagi, tertinggal kurang. ok, sekali lagi ye. aku taw aku ni kurang cantik, beliau semat GILE. aku suke sangat mase berchenta dengan beliau. sape tak bangga kan dapat pakwe hensem. dan yang paling penting ma abah aku suke sangatsangatsangat ngan beliau ni. orang luar kata kan.
orang kampung aku sebut foreigner. hebat kan orang kampung aku? (bangga kejap)

ha, sambung balik.
beliau bukan foreigner kulit hitam, tapi kulit putih gitu. aku sudah terbayang nanti anakanak aku mesti comel dan puteh. yela, ikut daddy nye kn. kalo ikut aku hampeh. Ya Allah, gatal gile aku! sampai ke anak aku pikir.haha

tapi empat bulan lepas tu beliau terpaksa pergi. kami berjauhan. sesungguhnya long distance relationship ni sangat la susah. aku mula belajar untuk menerima kenyataan. beliau cakap dye pegi cari duet untuk aku dan anakanak. beliau ada misi yang lebih besar untuk harumkan nama negara. ceh, dengan aku tak ade pon nak harumharum. perfume pon tak nak pakai. tapi tak pe la, kesah lame kan. nak taw sape?


semat kan beliau?
adoi..tapi takpe, da jadi kenangan aku.
name beliau biarlah aku rahsiakan :)


ok, lepas tu kontroversi diriku tak habes lagi. aku berchenta lagi memang dasar tak serik kan?
kali ni aku biasebiase je. takde la excited sangat. tapi beliau yang beria gile. ok, aku cool je la kan.
beliau cakap keje dye artis. belako pengacara bagai. entah, aku kurang pasti. tapi satu yang aku pasti beliau ada ciri seorang lelaki dan maskulin. aku suka sebab beliau ni tinggi. bukan hidung tinggi ye tuantuan dan puanpuan. mase berchenta dengan beliau, aku lah manusia paling bahagia. nak taw jugak ke sape?ish, sebok je nak taw. ok la, aku expose la beliau ni sape..



korang rase macam kenal tak? macam muke fahrin ahmad kan :D
tapi aku berchenta tak lame jugak. sempat la dalam enam bulan. lepas tu ktorang clash. sebabnye bialah aku dan beliau je yang taw

.................................................................

*tepuk tangan*
" wah, hebat la nenek ni, mesti nenek chantik kan maa muda dulu. yela, sekarang pon nenek masih cantik lagi"
"tak ade la. biase aje"
"esok nenek cite lagi ye"
"ye la, pegi mandi dulu sekarang, da petang ni"

letih betol aku bercerita tentang masa muda aku dekat cucucucuku ni. aku harap dyorang dapat pengajaran dari cerita aku. kau dapat pape tak? ke dah start pasang anganangan nak kapel ngan beliaubeliau di atas jugak?

Sunday, June 20, 2010

today :)

tajuk entri bukan maen dalam omputeh kan?
tapi kalo orang kampung aku bace tak de la jadi pelik sebab memang MOTHERTOUNGE kami. abaikan kalo xsuka dan kalo rasa nak muntah hijau, silakan.

tepat pukul 11.27 pagi aku bukak mata. sebenarnya mata aku tak pasang niat pon lagi nak bukak seawal itu.
tapi disebabkan telingaku tak dapat menahan dan menapis bunyi bising yang keluar dari mulut lebar kakakku, maka secara tidak sengaja mataku lantas terbuka luas!(da memang dasar mata besar sebenarnya)
bising betol die suruh aku bangun. jeles la tuh! nak taw alasan die suruh ak bangun?sila baca.

"oi, bangun la..g jemur baju tu..nanti xsempat nak kering..petangpetang selalu hujan"
aku yang bengang ni pon jawab "g je la jemur, bising je!"marah neh..
dengan hati busuk die pon jawab balik "satu rumah aku da kemas, suruh jemur baju pon malas"
aku malas nak cakap banyak. ye la, kau kan kakak!

then, tengahari pulak ada tetamu tak di ingini datang. ceh, aku tak penah anggap tetamu pon. pegi la maen jauhjauh..shuhshuhh..
nak taw tak sape?



name beliau adalah encik kapak.adoi, kebetulan pulak abah takde kat umah. aku dah gelabah macam biawak ni. so, ma aku suruh g panggil jiran aku. dengan masih berbaju kelawar pada pukul 2.30 ptang, aku berlari *lari la sangat kan* ke rumah sebelah. nasib la husband beliau ada. beliau la yang tolong settlekan semuanya.
wahai encik kapak, kenapa kau masuk dalam umah aku?
kan aku suruh gi main jauhjauh. kan dah kena bunuh?haa..sape yang salah?
aku ke?ohh..tidak. kau tu yang degil sangat kan?
laen kali tolong dengar cakap orang ye..jangan ingat kau je betol..
opps, dah membebel aku ni. sori ye :)

ok, tadi ada tersebut pasal abah kan.
teringat pulak arini kan hari abah. so, aku nak wish la jugak even aku taw abah tak baca pon belog aku ni..hihi
so, abah angah nak kata kat abah


even angah wish masa lepas maghrib tadi, tapi sesungguhnya ia ikhlas. kau da wish ke?

Saturday, June 19, 2010

sindalila

dulu masa kecikkecik kita selalu dengar cerita sindalila dan puteranya kn?
aku pon tak tahu dan tak paham kenapa setiap kanakkanak akan tahu kisah dongeng ini.. bagus sangat ke moral of the story ceritacerita ini? siapa nak jawab? haa..itu yang kita tak tahu ye..
apa lagi cerita yang kanakkanak akan tahu ea? mari kita senaraikan:
  • sang kancil dan buaya
  • snow white and seven dwarf
  • apa lagi ea? tibetibe tak oleh fikir pulak..tah pape je @#$^
dan yang paling aku tak paham dan blur sampai sekarang kenapa kanakkanak sering dimomokkan dan disogokkan (tak boleh belah ayat kan) dengan kisah kekejaman ibu atau bapa tiri. perlu ke mitosmitos ini berleluasa di kepala budak kecik ni? tak patot kan?

sape la manusia yang paling kreatif yang berjaya bawak ceritacerita tak betol ni kan? tapi memang la tak dinafikan ada ibu/ bapa tiri yang jahat macam s***
tapi aku rasa sikit je golongan camni. tibetibe je aku ni, bajet macam ada ibu/ bapa tiri je kn?oi2, mintak jauh la tu.. tak baek untuk kesihatan dalaman weh!

ingat lagi tak pasal kisah dongeng sindalila?korang taw ke ape kesudahan cite die dengan putera raja tuh? aku taw story die.. korang nk taw tak?
meh aku share cite tu.. orang kampung aku selalu cakap, sharing is caring. aku pon xtaw betol ke tak. hurm..




p/s: sapesape yang penah pasang anganangan nak jadi sindalila aku nasehatkan baek lupekan aje. nak jadi macam beliau di atas?

Thursday, June 17, 2010

akon

kau kenal ke sape itu akon?
sila jangan tertukar akon dengan aircond ye.. akon adalah seorang manusia, tapi aircond adalah alat penyaman udara dalam bahaa saintifiknya. aku sudah terbiasa dengan memanggilnya aircond akibat daripada berjangkit dengan orang kampungku. hebat bukan?(sambil tersenyum bangga) orang kampungku memang mengamalkan dasar pandang ke barat. tapi aku akui mereka agak bodoh dalam bidang sains.

ini adalah terbukti apabila ada seorang pakcik dari kampung sebelah datang ke rumah ketua kampung. pakcik itu pon berkata " panas la, ce bukak kipas sikit "
dengan terpingapinga tok ketua pon bertanya kembali "apakah itu kipas? "
pakcik itu pon menunjuknunjuk ke siling. maka tok ketua pon berkata " owh, we called it as fan ". pakcik kampung sebelah terus SPEECHLESS AND IMPRESS
kau nampak tak apa yang aku nampak? betapa bodohnya dan hebatnya orang kampungku bukan?

ok lah, sebenarnya tak ada sekelumit pon di hatiku ini nak cerite dengan semua orang kehebatan orang kampungku. tapi pasal penyanyi R n B (aku tak taw genre muzik beliau yang sebenarnya. sebab itu harus di kecilkan) masa kini, iaitu akon. korang kenal tak? mesti la kenal kan?best jgk lagu paktam ni kan. layan je :)

tapi sebenarnya bukan ini juga yang aku nak conteng untuk entri kali ini, tapi tajuk lagu paktam ni. penah dengar lagu LONELY? ha, itulah perasaan aku sekarang. tapi, (banyak betol tapitapi kau ni ijat) aku rase tak ade la sunyi sangat. aku BOSAN sebenarnya. rumateku yang gila sudah selamat tiba di sungai buloh. tinggal lah aku yang kurang gila ini keseorangan. aku tak taw nak buat apa. bilik sudah dikemas, baju sudah dibasuh malah siap berjemur sudah bajubaju itu. nk pergi kutip dan basuh baju budakbudak bilik sebelah pon boleh. tapi aku takut nanti mereka mengalami stress yang berpanjangan akibat daripada memikirkan " muka cute macam ni pon bole jadi kliner ke? nampak educated giler budak ni"

ha, ni yang aku malas bila orang mula nampak kelebihan aku. aku ulang lagi sekali, kelebihan aku, bukan kelebihan LEMAK aku. sila ambil perhatian. kalau tak nak ambik pon takpe. aku tak kesah.
jadi, itulah kesempulannya, aku tak taw nak buat apa, maka terlahirlah entri untuk kali kedua ini.
p/s: bangga sangat bila tengok dah ada dua entri. haha~

Tuesday, June 15, 2010

azam bulan 6

aku tekad! (dengan mimik muka yang menggila dan serius)
ya..aku tekad untuk kali ini dan seterusnya..aku bukan seperti dulu lagi..
aku akan pastikn azam baru aku ini akan terlaksana.selepas berehat yang terlalu lama akibat dari ambik cuti sendiri, sekarang baru aku sedar bahawa dunia ini tidak indah tanpa kehadiran aku *abaikan kalau rasa menyampah*

aku telah berjaya membazirkan tiga 'helai' belog sebelum ini dengan nama yang berlainan.jadi, berbekalkan iman senipis kulit bawang ini,aku telah sedar dari mimpi yang indah. aku merasakan aku dan setan dan sekutusekutunya tidak ada banyak beza.maksud aku, bukan perangai.aku taw aku baek macam aku, bukan macam kau.ok, abaikan. maksud aku tadi sikap membazir yang telah menjadi sebahagian dari pegangan hidupku selama ini.

kali ini aku berazam unuk tidak mengulangi sikap buruk itu lagi. aku akan berusaha sedaya upaya aku untuk menconteng dia atas papanitam ini sekerap yang mungkin. dan secara automatiknya mesti hati busuk kau berkata

"eleh..bajet macam la ada orang nak bace ape yang kau tulis"

betol tak?? habis yang kau tengah baca ni apa?haha.ok,abaikan.

***********************

jadi, untuk entri yang pertama ini, aku rasa aku tak tahu nak conteng apa. cuma nak ajar jarijari aku biasa dengan keadaan menaip belog. bukan apa, takut nanti jarijari aku ni terkejut pulak tibatiba kena updet belog. orang kampung aku sebut STRECHING. aku pontak taw betol ke tak. kalau tak buat EXERCISE, dorang cakap nanti CRAMP. wah, hebat tak orang kampung aku. orang kampung kau ada ke bahasa macam ni?