Thursday, July 22, 2010

bertukar

Sekarang aku telah berkenalan dengan sorang bidan. aku panggil dia mak Lila.
satu malam aku pergi rumah dia.
aku bajet rumah dia biasabiasa aje.
sampai sane aku wat kirakira, ada 12 pasu bunga besar besar tempayan. Menurut laki mak Lila, sebijik pasu bunga harga RM300. Itu baru pasu bunga.

aku masuk dalam rumah. kali ni aku semak pulak televisyen full HD 42 inci jenama Sony di ruang tamu dengan sebijik peti ais besar pintu rumah tersandar kemas di celah lorong menghala ke dapur. Memang champion!.Barangbarang dan perhiasan dalam rumah mak Lila pun memang champion!. Tengok, sampai 2 kali aku bagi champion pada mak Lila.

aku syak mak Lila sudah mencapai status 'financial freedom', iaitu status yang selalu dipakai oleh pengamal ilmu MLM mase bagi ucapan pada pekerjapekerja makan gaji, tidak kiralah pemakan gaji besar atau kecik.

Ya. aku asyik terfikir, rasanya masih belum terlambat untuk aku menimba ilmu menjadi Bidan.

untunguntung bole jadi macam mak Lila.

Boleh pakai peti ais besar pintu rumah,

Ibarat kata orang kampung aku;

"Why Not?"

No comments:

Post a Comment