Tuesday, July 6, 2010

preview

malam ni aku di rumah lagi. boleh tahan bosan juga. bola pulak takde. lagi bosan. adik aku tido awal. aku bertambah bosan. takde orang nak gadoh rebutrebut remote dengan aku. bosabosnbosan. rasa mcm nak pergi buat ujian talesemia sahaja. selalunya mata aku ni di sajikan dengan kerjakerja bilik dan asignment oleh lecturer. tapi sudah lama aku tak buat latihan yang boleh mencerdaskan minda tu. aku memang sangatsangat suka buat assignment. tiba-tiba takde, perasaan nya umpama kau pergi rumah org kawen tapi tak dapat doorgift. resah bukan?

kalau orang yang tak dapat doorgift akan lalu dua tiga kali depan tuan rumah untuk hilangkan keresahan, aku pula mula membuka online.oh, macam mne pulak nak membuka online? online suda. aku ke muka buku. folder gambar menjadi pilihan hatiku. hasrat dihati ingin menatap muka comelku yang berpakej jerawat dan parut.unik bukan?

bukak je folder, mulutku terasa ringan mengalunkan katakata azimat berbentuk carutan.smalangnye, eh tak baik. nasib baek la.sekali lagi didikan ugama ustazah Samihah dari SMKA baling berjaya menyelamatkan keadaan. ustazah selalu berpesan,

"ingat ya, orang comel tidak ditakdirkan untuk mencarut".

maka tak jadi aku nak mencarut. tp modem cap CSL ni betolbetol menguji kesabaran dan keimananku. dengan penuh gaya mutu dan keunggulan, aku mencuba sekali lagi untuk connect. tak boleh! lalu kakata manis menghiris kalbu keluar dari mulutku. aku istighfar sebentar. insaf mungkin. aku bukan beli modem cap ayam, tapi barang buatan malaysia. niat aku baik untuk sokong negara sendiri. tapi inikah balasan yang aku terima?

terasa seperti mahu lari ke london sebentar sebagai tanda protes. tapi duet pulak takde.
takpe, aku akan tido selepas ni dan berharap aku boleh mimpi aku pegi london. sekurangkurangnye dapat jugak aku pegi sane.kn?

No comments:

Post a Comment