Wednesday, March 23, 2011


ini entri dari hati ke hati.malam ni aku rase macam nak pergi jauhjauh dari sume orang.serabut jugak hidup kat bumi ni.ade planet laen nak terima aku tak agakagak?

harap ada yang cakap YA.(bukan YA kepada yakult)

aku dah macam orang putus cinta pon ada. tapi jadahnya putus cinta, sang pencinta pon takde.haiz.gilak jugak lamalama macam ni.

kalau bagi choclate indulgence sekarang pon aku rase aku tengok je bnde tu.(err, choc indulgence 2, takkan tengok je :P)


aku bukan nk bersungut, tapi aku rase macam makin lame, makin comlicated la hidup aku ni. mari kita tenangkan hati


Jangan bersungut kerana hidup susah, kerana ada orang yang lebih susah daripada kita. Salah satu ujian yang kita akan terima adalah dengan mengalami kesusahan hidup. Setiap orang pasti akan merasai kesusahan dalam hidup kecuali orang yang telah lahir dalam keadaan atau keluarga yang kaya raya. Sebagai seorang hamba yang beriman kita hendaklah bersyukur atas rezeki yang dikurniakan. Kesusahan yang kita alami adalah salah satu ujian dari Allah kepada kita. Apabila bangun di pagi hari janganlah sama sekali kita merungut tentang kesusahan hidup yang kita alami tetapi hendaklah sentiasa berdoa supaya dimurahkan rezeki olehNya.

Rasulullah SAW telah bersabda:

“Barang siapa yang bangun di waktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti ia telah marah kepada Allah. Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaannya maka telah hilang dua pertiga agamanya.”


jadi baby kn senang, xyah pikir pape, orang yang tolong pikirkan *sigh*

No comments:

Post a Comment