Thursday, April 7, 2011

gap 7 hari!

masih lagi dengan cerita gap 7 hari. tengok, 7hari waktu exam sama dengan sebulan waktu biasa.err, paham ke x maksud aku? mari aku explain lagi. owh, lame gilak nak mati rase gap 7 hari. sampai tak taw nak buat ape. tahap kebosanan cik cemas sudah sampai ke tahap paling dewa. aku tengok, lebih dari kucing nak beranak.satu petang cik cemas jeritjerit.dia cakap bosan sampai tahap nak muntah.

tibatiba..bruppp..wekkk.. OMG! cik cemas muntah keluar katak! tengoktengok! betapa dasatnye tahap bosan cik cemas.

keluar malammalam memang cool. jadi untuk pertama kalinya, kami, budak bilik E2.1 keluar berempat. betol, ini tidak tipu. sepanjang setahun a.k.a 3 sem duduk satu bilik, ini lah kali pertama kami keluar besame. sebagai tanda kami eksaited tahap getis, kami pon snap gambar banyakbanyak b4 keluar. snap gambar dalam bilik ok?bukan dekat luar. tengok, snap gambar samesame pon tak penah b4 ni.rapat kan kami?





E2.1




bole jd kembar 3 x?

cik cemas dan cik kembars


cubaan untuk mnjadi pereka pesen





kembar ni sorang name nabila syafika, lagi sorang name nabila syaqira. dulu aku ase tetukar je, tak kenal yang mane satu.tapi sekarang dari belakang pon aku kenal.tengok, hebat bukan?
dulu, kalau nak panggil name dorang, aku mesti kene bedepan dengan dorang. nak tengok taik lalat.sorang ade taik lalat manis kat pipi, sorang lagi hanya ada manis di pipi.baru senang nak panggil. bajet nak tunjuk hebat depan dorang yang aku memang kenal dorang yang mane satu. tapi tu dulu la. sekarang tengok dari mana pon, aku da cam n kenal. err, betol ke?kondifen je.

next sem ktorang dah tak same bilik. so, xde lagi nak dengar dorang gadohgadoh n manjemanje gedik dorang. yang pasti, aku hanya akan dengar suara cik cemas. pfft..aku dah bosan. dah la suka cakap kuatkuat.habis semua orang tengok kalau cik cemas becakap. dulu, doktor cakap tahap pendengaran aku memang kelas A. tapi sekarang da merosot. aku asek tak dengar je. eh, bukan, itu pekak namanya. aku selalu kurang denngar je. aku syak semua ni sebab aku berkawan dengan cik cemas.

terasa macam gergasi disamping cik cemas.aiyak!

azam next sem: cari rumet baru yang boleh pulihkan masalah pendengaran aku.

Tuesday, April 5, 2011

final exam


jam menunjukkan tepat pukul 01:01 am. ini menanadakan waktu yang paling masyuk untuk menconteng papanitam.kenapa dikatakan masa yang paling sesuai?

jawapannya:sukahati akulah nk cakap pukul berapa pon

minggu ini adalah minggu penuh tekanan dan emosi bagi warga uia.

semua orang sibuk menstadikan untuk exam.tak kurang jugak dengan bloggers sekalian. entri exam adalah entri-wajib-siap-dengan-jadual exam.kan kan?

tapi aku tak merasa bahang itu.orang cakap kalau terasa panas, die tu banyak dosa.tengoktengok, nampak tak ape yang cube aku sampaikan ni. tak nampak?memang kurang cerdas betollah. nampak tak betapa beriman nya aku?




kenapa aku tak terasa bahang? sebab jadual exam aku sangatlah coool sem ni.gap pulak melampaulampau. sampai aku tak taw nak buat ape. orang laen sibuk pegi library, aku pon join jugak.orang setadi, aku dengan kawankawan yang sengal macam si bedah ni maen snapsnap pics, nak letak dalam fb, letak nama album setadi wik.



sebelom kene jeling dengan students laen sebab buat bising :P


orang laen tido lambat malammalam sebab setadi, aku pon ape kurangnye.selagi tak cecah angka 4, mata taknak pejam.tapi orang laen pulu-gilagila-setadi. aku pulun-gilagila-online.

disini, aku sertakan jadual exam aku. maklumla, ni kan entri -wajib-ada-jadualexam.

28/3/2011- tilawah al-quran
31/3/2011- CALL
02/4/2011- UNGS
09/4/2011- IIMP
13/4/2011- IMP
- IIS
14/4/2011- CI

cool tak jadual exam?gap punye lah panjang, sampai 7 hari. lepas tu, sekali 2 papers in a day. dah la duadua yang agak susah dan memerlukan kemahiran berfikir secara kretif,kritis sampai tahap menggeletis. then, the next day pon boleh tahan subject tu.bapak-banyakgile-bnde-kena-baca. adoi, terbaek betol.

dah tak taw nak buat ape sangat masa gap yang panjang gila, maka dengan itu, aku dan sahabat susah senang pegi makan pizza.owh, bajet kaya dan banyak duet pulak, siap boleh g makan banyakbanyak dan shopping sikit.err, betol, sikit je. sekeping je not melayang.



cheesy pops big shot memang terbaek!


spagethi bolognese meatball. rase meatball die lebih kuarang rase meatball ikea :)

bukan air mountaindew yang special kt sini, tapi asam boi fizz die memang shedapp



kalau rajin je, mesti aku pegi library. orang cakap habiskan masa kat tempat berilmu ni berkat. tak setadi takpe, janji pahala library tu dapat. err, ajaran mana lak ni?

sebelom ni, kalau takde discussion or kelas, jangan harap aku nak pegi library. bukan tak suke, tapi belom tiba masa yang sesuai untuk lepak di library. sebab, mengikut persamaan linear aku:

library = exam
exam = library

orang bawak beg beratberat, aku pon bawak beg berat.orang bawak buku, aku bawak laptop. siap sekali headfon and extension.


nampak tak beg aku berat tahap nak tercabut bahu?


online dekat library best, internet pon laju. tengok youtube tak payah tuggu buffer.
satu petang, lepas habis first paper, ktorang keluar.kononkonon nak release tension. (baru satu paper da tension.what the fish..pffft!! )


budak redong nama tam


nak taw buat ape?


sangat heaven makang duriang. beli 6 bijik, percuma 7 bijjik!!!what the ____??free lagi banyak dari beli. memang pandai dorang ngorat abang tu.




lepas tu, kononkonon tak habes lagi tensi, keluar idea bernas nak menghiburkan hati. teros rase macam artis bile sejam bertungkuslumus nyanyi kalah siti nurhaliza


budak redong n budak kecik nama ada





suara dia ni lah paling sedaap sekali :



kepada : SITI ZAHIDAH ZABIDI
UMMIAMEERA MOKHTAR
ASNISHAH JAAFAR
SHUHADA IBRAHIM
WHA7911

JUTAAN TERIMA KASIH KERANA MENGHABISKAN MASA BERSAMASAMA :)

Friday, March 25, 2011

entri separuh hati

being single is just so fucking awesome. trust me.
that's not what i shouted, out loud without a doubt on my 'what's on your mind?' facebook site. just deep in my heart. i am not being pathetic nor desperate. hell no. i'm just glad that i don't have to act like a control freak as woman nowadays born to be like one. but, big thankful to God as we are created to be the other half of man. and some succeeded taking more than half of a man. you go girl!!

i swear. i am not against the nature. i'm not opposed the fact that Jupiter and Mars were made for each other.

and it is fucking awesome that i just didn't get hurt and not being a stupid sensitive weirdo. just, sometimes i can feel the heartache. little!

Thursday, March 24, 2011

sikual

ini adalah sambungan entri berguna-lagi-sarcastic. tapi telah di up kan dari segi bahasa.aku telah menggunakan bahasa orang kampungku.ya, mungkin aku lebih selesa dengan mother tangku ini berbanding bahasa asing, iaitu bahasa melayu.betol, aku tidak tipu.ini entri jujur dari hati. aku menyuarakan apa yang aku rase.


Dear smokers,

Please get a plastic bag for yourself whenever you want to start smoking.
So you can enjoy the smoke 100% by yourself, i don't want any percent of it.
And some of my friends, too.
......
..................
Regards,
Don't-like-smoker guy/girl.

Wednesday, March 23, 2011

saya suka jatuh



eh eh, rajin pulak aku hapdet belog tiaptiap hari.lame menghilang tibatiba sebok nak menconteng.xpe, bagus lah macam ni kan, orang cakap ade perubahan positif. pffft positif la sangat, article review yang 1 page and half tak siapsiap dari semalam.owh, apekah ini?sikap malas tak pernah berubah dan hilang.

tajuk entri macam kesian kan. kenapa jatuh?kat mane jatuh?sakit ke tak jatuh tu?
ok, mari kita mulakan kisah jatuh.

nama saya siti noor aizat binti mohamed yusoff. masih muda belia dan comel. dulu masa kecikkecik, saya suka jatuh.jatuh katil, jatuh tangga, jatuh motor, jatuh basikal, jatuh kelas pon penah. err, jatuh kelas?owh, itu turun kelas.dari kelas A kepada kelas B.itu cool.

sekarang umor saya dah 22 tahun.tapi saya tetap jatuh lagi. xpernah behenti.mungkin jatuh dengan saya sudah ditakdirkan bersama.tapi, kali ni saya JATUH CINTA. eh, betol ke? ntah, betol kot.saya pon xpasti sama ada saya yang jatuh kepada cinta atau cinta yang jatuh kepada saya.eh?ape ni?







I love you a little bit more when you call me honey
I love you a little bit more when you hold my hand
I love you a little bit more when you hug me.

I love you a little bit more. Every day.

mood:err, jatuh cinta ke aku ni? winkwink*

ini entri dari hati ke hati.malam ni aku rase macam nak pergi jauhjauh dari sume orang.serabut jugak hidup kat bumi ni.ade planet laen nak terima aku tak agakagak?

harap ada yang cakap YA.(bukan YA kepada yakult)

aku dah macam orang putus cinta pon ada. tapi jadahnya putus cinta, sang pencinta pon takde.haiz.gilak jugak lamalama macam ni.

kalau bagi choclate indulgence sekarang pon aku rase aku tengok je bnde tu.(err, choc indulgence 2, takkan tengok je :P)


aku bukan nk bersungut, tapi aku rase macam makin lame, makin comlicated la hidup aku ni. mari kita tenangkan hati


Jangan bersungut kerana hidup susah, kerana ada orang yang lebih susah daripada kita. Salah satu ujian yang kita akan terima adalah dengan mengalami kesusahan hidup. Setiap orang pasti akan merasai kesusahan dalam hidup kecuali orang yang telah lahir dalam keadaan atau keluarga yang kaya raya. Sebagai seorang hamba yang beriman kita hendaklah bersyukur atas rezeki yang dikurniakan. Kesusahan yang kita alami adalah salah satu ujian dari Allah kepada kita. Apabila bangun di pagi hari janganlah sama sekali kita merungut tentang kesusahan hidup yang kita alami tetapi hendaklah sentiasa berdoa supaya dimurahkan rezeki olehNya.

Rasulullah SAW telah bersabda:

“Barang siapa yang bangun di waktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti ia telah marah kepada Allah. Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaannya maka telah hilang dua pertiga agamanya.”


jadi baby kn senang, xyah pikir pape, orang yang tolong pikirkan *sigh*

Wednesday, January 5, 2011

blah laa..aku xsuke kau!

aku marah betol lah..
pegi la jauhjauh..
jangan kacau idop aku boleh x?
memang aku menyampah dengan kau..
dasar xsedar diri..
aku xpenah invite kau hadir dalam diri aku..
kenapa kau datang jugak..
degil, xdengar cakap..
memang nak kene lempang ke?
shuhh shuhh..
pegi jauhjauh lah..
jangan tunjuk muka kau lagi..
terimalah kenyataan yang aku memang sikit pon xsuka kau..
kau merayu macam mane skali pon aku memang xnak kau lah..
tolong paham bahasa melayu!
kang aku cakap bahasa orang kampung aku, kau xpaham pulak..
kau memang hebat kan??
sejak kau menyebok dalam idop aku,
aku xleh nak concentrate langsung..
sume keje xjadi..
NAK UPDET BELOG PON XBOLEH!
kau memang DEM lah!
aku benci kau MALAS!!!