Saturday, July 31, 2010

2021 pm
aku terdengar lagu jazz..urm, layan jugak kadangkadang

2133 pm
muzik bertukr genre. rentak hardcore terngiangngiang. aku wonder dari mane arah datangnye muzik ni. yang peliknye aku sorang je dengar.
rumet aku si kembar tengah setadi dengan tenang.
aku cari lagi bunyi muzik yang semakin kuat dan ganas tu. dem! rupenye perot aku yang bunyi mintak di isi.

rumet aku yang sengal nan seorang
tu takde. selalu aku makan, minum, tido n kadangkadang g toilet samesame. so, aku tepakse la cari mangse baru untuk teman aku pegi makan.

ok, da dapat!

aku borakborak lamelame dengan die. banyak benda yang kami cerita.
lame tak tukartukar stori.
tibetibe masuk part yang agak sedih n membuatkan aku pikir.

" sekarang musim ujan kat umah aku. mak aku tak bole g menoreh. duet pon makin kurang. ayah ku pulak asek xsehat je sekarang. aku sedih betol la keadaan macam ni. aku tak taw nak tolong femili aku cemane. nak mintak ngn akak aku, die da bagi duet kat abang aku yang stadi kat uum 2. lagipon mostly barangbarang dalam umah 2 akak aku yang bayarkan. mase die tunang aritu sume die yang tanggung sendiri. aku kesian sangat tengok die. kalau orang laen nak tunang mesti mak bapak dorang support kn?

mase abang sulong aku kawen pon akak aku banyak jugak hulurkan duet. tolong abang aku. tapi mase die tunang, abang aku tak tanye langsung akak aku ni. aku bengang betol. sekarang da jarang call mak aku. nak balik umah lagi la aku tak harap. mungkin die bahagia sangat dapat bini cantik. mak aku dah tak harap duet abang aku tu. penah je aku call abang aku, suruh die tanye kabar femili die. abang aku cakap nanti die call mak aku. aku pon tak taw la die call ke tak.

semalam mak aku call, die cakap nak tebus cincin yang die gadai aritu. tapi duet tak cukup. aku sedih sangat. so, tadi aku pegi withdraw duet ptptn aku, aku transfer kt mak aku. aku tak taw nak tolong macam mane lagi. aku harap mak aku dapat cincin 2 balik. tu cincin kawen. duet aku da tinggal siket. mintakmintak la cukup sampai hbs sem ni"

ok, aku agak sentap dengar cite die. bile di review kan balik, aku rase aku sangt lah boros.
ade je benda yang aku nak beli even aku taw benda 2 tak penting. tapi aku suke sangat buat!
so, lepas ni aku akan cube control nafsu membeli aku.
aku tak akan jadi kuda lagi.

Friday, July 30, 2010

aku pon xpaham ni!

perasaan dibiarkan oleh seseorang tanpa sebarang sebab atau pemberitahuan tentang salah laku atau sikap tidak senonoh yang tak disengajakan adalah lebih teruk daripada ditinggalkan pakwe kacak yang tak ada matlamat hidup.

mood aku telah terbang ke mekdi dan sedang mkn GCB. jasad ku masih lagi disini.
oh, tibatiba terasa seperti mahu bakar bulu hidung seseorang.

madah la pulak

entri kali ini agak berlainan..
mungkin terkesan dengan mud aku sekarang..
sunyi?aku tak pasti..
sedih?tak dapat digambarkan..

aku harap kau taw ape yang aku rase..
at least gimme a smile k..


if i'm a pen.
i promise to keep all your secret.
all that you wrote.
and all that you told me it's private.
if....i'm a pen.

if i'm a train.
i'll take you as far as i can.
to a place where.
you really love to stay.

if i have wing.
let's spent sometime, flying.
out of space.
away from the rest.

but.
i am just a friend.
who can just shut up and listen.
without taking any action.
or having any solution.

tolong senyum kawan.
bukan kerana ianya indah.
bukan aku minta sedekah.
kerana senyum.
kau mampu sorok rasa gundah.
tak percaya?
senyumlah!

Thursday, July 22, 2010

bertukar

Sekarang aku telah berkenalan dengan sorang bidan. aku panggil dia mak Lila.
satu malam aku pergi rumah dia.
aku bajet rumah dia biasabiasa aje.
sampai sane aku wat kirakira, ada 12 pasu bunga besar besar tempayan. Menurut laki mak Lila, sebijik pasu bunga harga RM300. Itu baru pasu bunga.

aku masuk dalam rumah. kali ni aku semak pulak televisyen full HD 42 inci jenama Sony di ruang tamu dengan sebijik peti ais besar pintu rumah tersandar kemas di celah lorong menghala ke dapur. Memang champion!.Barangbarang dan perhiasan dalam rumah mak Lila pun memang champion!. Tengok, sampai 2 kali aku bagi champion pada mak Lila.

aku syak mak Lila sudah mencapai status 'financial freedom', iaitu status yang selalu dipakai oleh pengamal ilmu MLM mase bagi ucapan pada pekerjapekerja makan gaji, tidak kiralah pemakan gaji besar atau kecik.

Ya. aku asyik terfikir, rasanya masih belum terlambat untuk aku menimba ilmu menjadi Bidan.

untunguntung bole jadi macam mak Lila.

Boleh pakai peti ais besar pintu rumah,

Ibarat kata orang kampung aku;

"Why Not?"

Wednesday, July 21, 2010

sumtimes

Kadangkadang, kita tidak perlu banyak pilihan.

Kadangkadang, pilihan itu tidak menentukan kita.

Kadangkadang, kita yang menentukan pilihan.

Kadangkadang juga, kita tidak berpilihan.

kadangkadang aku pon tak taw ape yang aku conteng.

ok, itu aje. tetap takde motif. terima kasih.

Sunday, July 18, 2010

dua

maaf, aku bukan sengaje nk tinggal entri lepas macam tu aje. itu keje tak siap namenye. pecaye la, itu bukan sifat sebenar aku. aku seorang yang sangat kemas den teratur. tak pecaye?

tanye aku ok.


sebenarnye mase aku updet entri lepas, aku lupe bukak suis chrger. bukan rutin aku untuk turun katil and tekan suis mase aku da sedapsedap atas katil sambil menghupdet belog ni. owh, sangat keji.


sambung balik cite yang tak habis tu. tibetibe aku teringat cikgu tadika. bukan sebab beliau tak cantik atau gemok. tak baik hina orang. ma aku xajar. ustazah samihah pon xajar. tapi aku blajar dari kawankawan . dulu waktu kecikkecik cikgu selalu tanye


"nanti besar awk nak jadi ape?"

betol tak? aku allergic betol dengan soalan ni. pegi jumpe doktor, tapi dy cakap memang xde ubat. aku syak mase kursus cikgucikgu ni dipesan supaya tanye soalan ni dalam kelas. konpius!

jawapan standard budak tadika mase tu adalah doktor, polis, cikgu. tak kretif betol!

jadi, aku mule fikir untuk mencipta kelainan. dengan penuh semangat dan iltizam aku angkat tangan tinggitinggi dan cakap

"cikgu, saya rasa saya taknak jadi pape la"

papp!laju kapur tulis mencium pipiku. aku keliru. adakah aku besikap kurang ajar atau cikgu mahu bergurau kasar?
oh, tidak! ak hanye mahu jadi insan yang kretif dan inovatif. mungkin cikgu tekejut dan teruja dengan jawapan yang aku bagi. mungkin juga mereka bangga kerana ada murid yang cerdas minda seperti aku.

sampai lah aku masuk sekolah rendah, soalan yang sama still ditanya. aku muak.

enam tahun lepas tu, aku masuk sekolah menengah. mase first day, aku muntahmuntah.
alahan aku semakin terok. aku da sound cikgu awalawal jangan tanya aku. tapi cikgu teruja nak taw. akibatnya, aku dimasukkan ke icu selama 2 ari. tragis bukan?

aku berjaya masuk u. tapi aku pengsan. mesti kau da bole syak kenapa bukan?
ya, itulah sebabnya.
semakin lama aku semakin bengong memikirkannya. kenapa dan kenapa.
tapi aku tak dapat jawapan untuk soalan tu.

jadi, aku berjanji pada diri aku kalau aku jadi cikgu nanti aku tak kan tanya soalan 2!

p/s: bukan semua yang indah itu baik, tapi semua yang baik itu indah :)






Wednesday, July 14, 2010

satu

bukan sajesaje aku tak updet dan menconteng di belog n papanitam ni.
tapi aku memang saje! eh, tak la. aku takde mase sebenarnye. aku taw sume orang mesti tunggu entri baru kan?eleh, jangan nak kutukkutuk aku cakap perasan. padahal memang kau bukak belog aku tiaptiap ari nak bace kesah baru. ngaku je la.

lately (lame pulak rase xcakap bahase orang kampung aku) aku tersangat lah bizi. maklumlah baru masuk sem baru. pastu terkejarkejar nak uruskan syarikat kapal lagi, syarikat minyak lagi. adoi, and lagi satu, baru semalam aku amek alih jadi pengarah urusan syarikat jual barangbarang komputer ni. messi eh salah eja.ni la bahana world cup. aku pon da kene virus.sekali lagi, messy betol hidup aku sekarang. tu xmasuk lagi dengan keje aku sebagai duta kecantikan. bukan 1, tapi 4. eh, aku malas la nak cite. nanti kau cakap riak n mule la nak ngatengate aku. free je kau dapat dose. aku xsuke betol kalo ornag dapat dose.mulia bukan?
kalo bole lepas bace belog aku ni, kau dapat pahala. ha, kan terserlah kemuliaan aku disitu.

tibetibe aku teringat......

to be continued..

Tuesday, July 6, 2010

preview

malam ni aku di rumah lagi. boleh tahan bosan juga. bola pulak takde. lagi bosan. adik aku tido awal. aku bertambah bosan. takde orang nak gadoh rebutrebut remote dengan aku. bosabosnbosan. rasa mcm nak pergi buat ujian talesemia sahaja. selalunya mata aku ni di sajikan dengan kerjakerja bilik dan asignment oleh lecturer. tapi sudah lama aku tak buat latihan yang boleh mencerdaskan minda tu. aku memang sangatsangat suka buat assignment. tiba-tiba takde, perasaan nya umpama kau pergi rumah org kawen tapi tak dapat doorgift. resah bukan?

kalau orang yang tak dapat doorgift akan lalu dua tiga kali depan tuan rumah untuk hilangkan keresahan, aku pula mula membuka online.oh, macam mne pulak nak membuka online? online suda. aku ke muka buku. folder gambar menjadi pilihan hatiku. hasrat dihati ingin menatap muka comelku yang berpakej jerawat dan parut.unik bukan?

bukak je folder, mulutku terasa ringan mengalunkan katakata azimat berbentuk carutan.smalangnye, eh tak baik. nasib baek la.sekali lagi didikan ugama ustazah Samihah dari SMKA baling berjaya menyelamatkan keadaan. ustazah selalu berpesan,

"ingat ya, orang comel tidak ditakdirkan untuk mencarut".

maka tak jadi aku nak mencarut. tp modem cap CSL ni betolbetol menguji kesabaran dan keimananku. dengan penuh gaya mutu dan keunggulan, aku mencuba sekali lagi untuk connect. tak boleh! lalu kakata manis menghiris kalbu keluar dari mulutku. aku istighfar sebentar. insaf mungkin. aku bukan beli modem cap ayam, tapi barang buatan malaysia. niat aku baik untuk sokong negara sendiri. tapi inikah balasan yang aku terima?

terasa seperti mahu lari ke london sebentar sebagai tanda protes. tapi duet pulak takde.
takpe, aku akan tido selepas ni dan berharap aku boleh mimpi aku pegi london. sekurangkurangnye dapat jugak aku pegi sane.kn?

Saturday, July 3, 2010

sila ambil kesah

Nama saye dulu Din(bukan name sebenar), saye mati ni sebab rokok. Tadi saye tulis warkah ini khas untuk anak-anak nage sekalian. Saye mule merokok ketika usia 12 dan mati sebab rokok pada usia 24. Dulu, saye anak nage part time je, lebih kurang 2 batang sehari, tapi lepas 2 tahun berkecimpung secara aktif, saye menjadi pro dan mula menelan 5 batang rokok sejam dan memenangi anugerah perokok pantas seduia dengan rekod 1.779 batang seminit.

Selain itu, saye juga memenangi anugerah gudang garam tahun 1999 dan anugerah dunhill 2001 untuk pembelian rokok terbanyak dalam masa 12 jam. Pada tahun 2002, saye mendapat tempat kedua anugerah mild seven untuk asap paling tebal.

Namun, pada tahun 2004, saye menemui ajal dalam acara marathon sambil mengasap bandar kl anjuran malboro, tetapi saya dilanggar trak pengangkut lucky strike yang datang dari gombak menuju ke baling. Disebabkan oleh kesan pelanggaran yang kuat hingga memecahkan kepala, paru-paru, jantung, dan otak saye, saye mati di tempat kejadian. Jadi, nasihat saye, jangan merokok sambil berlari, sekian.



Yang benar,
arwah din.

Friday, July 2, 2010

tak ade motif

orang demam bola, aku demam bosan!
hipotesis terbaru yang aku jumpa sejak 15 jun lalu..
maka, sudah terbukti bola itu bosan. harap maklum. jangan bantah.
research aku ni telah dipantau oleh kakak ku dan di sah kan oleh emak ku walaupon ada bantahan dari abah dan adik lelaki.

adoi, aku sangat bosan sebenarnya. tibatiba rasa nak kawen pulak. eh, jangan sempitkan otak kau dan mula berfikir ke arah warna kuning dan oren. bukan itu yang aku nak. itu kau yang nak. betol bukan?jangan berdalih dan malumalu untuk mengaku.

aku rase esok pagi kene bangun awal. pergi pejabat surat kabar. mintak die buat kan iklan untuk aku. letak muka aku besarbesar dekat muka depan. tulis tajuk besarbesar "budak nak kawin". ma aku cakap jangan buat begitu. nanti orang cakap aku sangap nak kawen.

tak pe, aku sabar je la.




entri kali ini sangat bosan sebab aku sangat bosan sekarang.selain itu aku juga seorang yang membosankan tapi tidak sampai tahap di panggil cik bosan.